Tuesday, May 24, 2011

::jadikan ikhtibar::



Budak lemas dalam kereta bapa

ISHAK (kiri) bersama kakitangan Hospital Raja Perempuan Zainab II melihat kereta Perodua Kancil yang menyebabkan Nor Izyan lemas di Tumpat kelmarin.









TUMPAT - Tindakan tergesa-gesa seorang lelaki yang tidak mahu ketinggalan menghadiri upacara pengebumian sepupunya mengundang padah apabila dia pula kehilangan anak bongsunya yang lemas selepas tertidur bersendirian di dalam kereta kelmarin.
Kejadian pukul 11.45 pagi di Tanah Perkuburan Islam Morak dekat sini itu menyebabkan Nor Izyan Natasya Ishak, 3, menemui ajal selepas dia dibiarkan tidur di tempat duduk belakang kereta jenis Perodua Kancil selama hampir satu jam dalam keadaan kesemua pintu dan tingkapnya tertutup rapat.
Ketika ditemui, keadaan Nor Izyan begitu lemah manakala tubuh serta pakaiannya lencun dibasahi peluh ekoran tindakan bapanya, Ishak Salleh meletakkan kereta itu di bawah panas terik. Jarak antara kereta dan kubur itu kira-kira 500 meter.
Anak bongsu daripada enam beradik itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Wakaf Bharu dekat sini akibat kekurangan oksigen.
-sumber Kosmo! Online-

harap diambil ikhtibar dari berita nie, tOlonglah jangan tinggalkan anak kecil macam tue.. tak bOleh bayangkan macam mane keadaan dia =(
nak tinggalkan bOleh tapi biarlah dibuka tingkapnya, biar aliran udara panas tue keluar.. pasang air-cOn? tapi harus diingat air-cOn kereta pun salah satu punya lemas dalam kereta kalu dibiarkan lama kereta tak bergerak..
tak ingatkan anda satu kes dulu, mati lemas dalam kereta yang dipasang air-cOn? udara air-cOn lelama akan menjadi karbOn diOksida =D pastikan kalu anda bukak air-cOn tuk masa yang lama, bukakan jugak sedikit tingkap supaya udara bOleh mengalir keluar..
pikir-pikirkan lah, jangan biarkan nyawa anak-anak kecil dan Orang yang anda sayangi jadi taruhan ^_-

No comments: