Monday, May 19, 2014

::Akuaria KLCC::

malam 2Mei, bincang ler kami laki bini nak bawa kemane si anak sempena harijadi dia.... asalnya nak bawa pergi Blue Coral KL Tower tapi bila baca review orang cakap tempat tue sempit, round 20minit dah habis.. Ermm, macam tak syok pulak...

Zoo Negara asyik renovation tak habis-habis, kang bayar mahal tapi semua tempat tutup, tak puas tengok pulak.. dah laa sekarang nii cuaca KL asal petang hujan, kang tak pasal tengah syok tengok binatang, hujan turun..

incik ridzuan suggest Taman Burung, search tengok harga sampai rm20++ tuk tengok burung jer..? macam tak berbaloi... pikir punya pikir, jom laa kite pergi Akuaria KLCC - ada aircon, tak risau kalu petangnya hujan =___=

aku nak bawa raisya tengok binatang sebab dia kemain ler sukakan binatang sejak dua menjak nii... buat permulaan mai laa ibu ayah bawa tengok ikan dulu =D





pagi tue aku buat nasi lemak, makan kenyang-kenyang kat rumah.. ibu sponser tiket, makan tak sponser ye wahai ayah dan anak, kihkihkih...

asalnya nak naik lrt tapi kemain laa cari parking kat gombak takde, kat taman melati takde, wangsa maju takde, bengang giler... akhirnya naik kereta sampai KLCC... bukan takde parking kosong tapi semua parking tuk orang awam ditutup, macam mane nak parking tue.... habaq maiii......







Akuaria KLCC buka dari jam 1030am-8pm..
aritu aku sampai dalam kul 12pm, kira awal ler tue... tue pun kalu boleh nak sampai awal lagi, sama awal ngan orang bukak pintu akuaria, kuang..kuang..kuang.. tapi nak buat macam mane cari parking kat lrt punya pasal laa nii, haipp!!

harga tiket dewasa rm38, kanak-kanak (3-12tahun) adalah rm28..
aku beli tiket melalui groupon, malam tue jugak beli dan print tiket, dapat laa harga rm28 seorang dewasa, jimat ler rm10... raisya free ^__^


















raisya memula masuk muka cuak, biasa laa dia kan tak pernah tengok real.. selama nii tengok binatang dalam buku.. ikan pulak tengok yang dah mati kat pasar malam.. hehehe... seronok laa dia... japkan "fishhh.. fishhh..." ok!! semua benda pun dia cakap fish, tunjuk turtle pun dia cakap fish, kfine!! ^__^





habis pusing dalam kul 215pm, incik ridzuan ajak balik tapi aku nak tunggu sampai feeding time dalam kul 3pm.. sanggup tunggu setengah jam okay!! =D yang nii feeding time tuk shark..

ada feeding time tuk binatang lain macam ikan pirana tapi banyak yang aku terlepas tue yang sanggup tunggu yang jam 3pm nii, atlis dapat tengok satu pun jadi laa kan... korang boleh cek kat sini.. research dulu sebelom pergi, nanti senang nak adjust timing T__T





kesimpulannya raisya memang seronok habis, sampai balik rumah pun still duk sebut "fish... fish...." tengok gambar dalam handset, japkan datang cakap kat aku takpun ayahnya, "fish....fish..." alahai anak, seronok ibu tengok kamu dah kenal apa itu ikan..... =P

lepas nii ibu bawa pi zoo pulak yer...
"incik ayah, nak pi Zoo Melaka ke Zoo Taiping... Zoo Negara dekat sangat, hikhik...."
^___________^

1 comment:

DYatie said...

Arissa birthday 2nd dia hr tu bw p Planetarium. Haha. Pernah bw dia g aquaria. Dia tkut ikan2 besar tu. Huhu.