Wednesday, May 29, 2013

::majlis merisik jadi bertunang pulak ^_^::

sabtu lepas [25/5/2013] majlis merisik untuk adik lelaki aku, achik..
anak lelaki pertama dalam keluarga.. sekarang dia duk ngan aku, kawan raisya kat rumah =)
tak ramai, adalah empat kereta.. aku, yuni, sutie dan pakmuda yang pergi..
yang mane ada kat KL.. ibu ayah datang KL hari khamis lagi.. adik yang lain duk kampung..
merisik pun bawa jugak dalam lima bekas..
cincin [lupa ambik gambar], tepak sireh, kain pasang [untuk pompuan],
kain batik dan kain sarung [untuk mak ayah belah pompuan] dan kek =)

simple, tue pun ibu nak bawak cincin aje, huhuhu..
pihak pompuan nak sesimple mungkin.. ikutkan ajer laa...
diaorang pun taknak buat majlis tunang.. merisik, terus akad nikah nanti..
dah nak simple macam tue, segan jugak bawa cincin ajer kan..
so mai la kita bawa barang2 lain sebagai cenderahati ^_^

rumah pompuan di bangi, dekattt ajer ngan mertua yunii...
kurang sopan pulak panggil pompuan, pompuan..
mai aku kenalkan bakal adik ipar baru, nama dia nadirah..
katanya ada belog tapi sampai sekarang aku cari tak jumpa2, huhuhu...
datang untuk berkenalan sesama famili ajer takde la merisik sangat..
bila dah berkenalan, rupanya ayah nadirah orang kedah jugak..
Eheh!! semua menantu ibu orang luar laa...
belom bertemu jodoh berbesan ngan orang sama negeri..
takpe ibu, anak ibu ada lagi lima orang ^_^ hihihihi..
Ohohohoo.. kami yang kecoh dirumah orang =D
orang datang merisik, kami datang bergambar.. jangan marah tuan rumah..
tetiba jadi upacara sarung cincin pulak..
bukan merisik takyah sarung cincin ker? hikhikhik... bedal la...
dah habis sarung cincin, kita makan pulak.. gambar makan2 takde...

dah habis makan, kita sambung bergambar lagiii... hahaha...
lepas nii komferm takde orang nak jmput datang rumah dah..
dah kauorang, sila bagi laluan keluarga belog pulak bergambar ye..
welcome nadirah to our famili =D
kesimpulan dalam majlis merisik nii...
takde kata putus bila nak langsungnya, berapa hantarannya..
biar bakal pengantin putuskan sendiri.. yang penting sekarang kumpul duit banyak2 dulu ye ^_^

Tuesday, May 28, 2013

::projek d.i.y - background banner::

minggu nii banyak projek d.i.y sempena bufday party raisya..
semangat mend.i.y membara sejak dua menjak nii =)
dah lama kot aku tak buat kerja2 d.i.y nii, last time duk asrama dulu..
dah kerja slow cikit, kawen makin slow.. nii ada anak semangat datang balik..

memula ingatkan projek nii tak jadi sebab aku cari bahan tak jumpa..
rezeki raisya kot, minggu lepas jumpa jugak benda yang dicari..
makanya malam tue, apa lagi terus jalan laa projek kite ^_^
bahan yang diperlukan..
kertas colourful itu laa yang aku cari tak jumpa..
akhirnya terjumpa jugak kat POPULAR.. 60sen satu, murah dan terus aku rembat =D
tali tue pun kat POPULAR jugak, aku nak cari tali yang jenis kertas..
nak explain pun tak reti laa, yang pasti bukan tali itu yang aku nak tapi
terpaksa beli jugak sebab malas nak cari tempat lain, huhuhu..
cara dia senang ajer donggg..
potong panjang2 ikut saiz berkenan dihati ^_^
pastu guna double tape untuk tampal hujungnya pada tali itu..
dah siap!!!
senangnya aku explain, kauorang paham ke tak nii, hehehe...
takpe, senang ajer.. kalu tak paham nanti tanya lain ye  ^_^
sumber inspirasi dari gambar nii..
sori tuan gambar sebab saya betul2 lupa belog apa..
nanti kalu dah tau saya kreditkan ye ^_^

aku belum gantung lagi, tunggu laa bufday party nanti ye..
okay dah siap satu projek d.i.y simple dari aku..
okbai =]

Thursday, May 23, 2013

::projek d.i.y - failling system::

macam mane kauorang manage segala surat menyurat,
bills tiap bulan, resit pembelian dan dokumen lain?

sejak pindah rumah, merata tempat ada bills, surat itu, surat ini...
dalam laci meja solek, laci almari baju laa.. laci akuarium..
dashboard kete pun hado jugak... kebanyakkannya bills dah bayar laa...
kalu belom bayar aku simpan elok2.. lepas bayar, baru campak merata, ahaks..

yang tak tahan bila nak kena cari balik bills yang campak merata tue..
lagi2 kalu urgent nak tang tue jugak.. selalunya bayar bills tapi
orang terima duit tak rekodkan [management rumah ler tue,
aku bayar tapi cakap ada hutang, bikin hati gua panas jer]..
kerja cari bills tue semua, komferm la kerja aku kan!!
stress mak nak cari weiiii kalu dah letak merata nii...

atas kesedaran sendiri, aku perlu buat sesuatu sebelom incik ridzuan sound..
Erm, pernah kena sound pun sebab dia cari bills apa entah tak jumpa, hikhik..
okay sebelom kena sound lagi, mai la kita manage segala dokumen ^_^

apa yang aku perlukan.. aku print label dulu..
TQ blog Suri [link] untuk printable cun itu ;p
 dasar malas nak tulis pakai tangan kan.. print cantik cikit =D
dan aku beli folder plastik kat kedai buku Popular..
best price aku dapat setakat nii.. rm8.95 untuk 12pcs
tue pun tak cukup, kena beli lagi satu set..
nampak sangat banyak giler dokumen laki bini nii ken =)
dah siap labeling ^_^
aku cuma tampal pakai salotip ajer,
nak guna double tape tapi takut koyak / terkena air pulak label tue..
mai la kita mula asingkan semua dokumen, bills, resit yang ada dalam rumah =)
bills selalunya tak simpan banyak, aku simpan bills tuk dua tahun ajer..
lepas dua tahun aku buang, terutamanya bills astro dan maxis..
agak2 takde masalah tunggakan bayaran so aku buang laa..
tak kuasa den nak buat arkib simpan dokumen lama..

aku bukan jenis simpan banyak barang..
simpan mane penting, yang lain masuk tong sampah..
laki den pulak jenis simpan semua, penting ke tak simpan katanya..
the end aku buang dalam tong sampah, wat semak rumah, huh!!
okay dah siap failling semua dokumen ^_-
lepas nii nak dokumen apa, sila la cari folder mengikut nama yang tertera ye..
incik ridzuan pun boleh cari sendiri tanpa jerit "ayang, mane bills tepon januari tahun lepas" =)
time mencari bills dan resit terjumpa pulak fail kertas nii..
fail nii aku beli tuk failling jugak tapi kerja sekerat jalan, hehehe...
baru dan boleh guna lagi.. sayang pulak nak buangkan...
fail nii aku guna tuk dokumen yang banyak dan tebal contohnya macam fail rumah..
kan banyak buku2 aggrement, snp la apa la semua tue kan..
nak letak dalam folder plastik memang takkan muat.. bagus jugak jumpa fail nii =D
fail kereta, motor incik ridzuan pun guna fail nii jugak...
aku sediakan satu tuk raisya, buh surat beranak, buku checkup pregnant, CD scan 4D dulu...

aku buat failling macam nii sebab satu ofcos laa senang kerjakan,
apa2 hal aku direct cari fail tanpa perlu pening kepala dan ayat "mane aku letak ye"..
pastu kalu aku takde, incik ridzuan pun senang jugak nak cari..
dan yang penting sekali, kalu berlaku kebakaran @kemungkinan lain laa [minta jauhkan]
aku boleh selamatkan dokumen penting macam surat beranak anak, surat nikah tue semua ^_^

tapiiiiiii ada satu lagi masalah sekarang, mane aku nak simpan semua dokumen nii
sebab aku takde home office kat rumah =(

terpaksa cari satu sudut untuk aku jadikan home office pulak lepas nii,
Pentingggg!! sebab aku nak letak segala alat tulis, notebook, dokumen failling kat atas nii..
tak perlu ruang besar, aku cuma perlu satu sudut tanpa
gangguan dak kecik yang bernama raisya nabila ^_-
next projek!!

Wednesday, May 22, 2013

::ruang tamu yang cinonet itu =D::

arini mari kita sambung cerita deco ^_^
sebelom deco bertukar lagi, better aku entrykan..

ruang tamu tempat yang paling digemari kami sekeluarga,
tempat hilangkan penat bila balik kerja, situ ler tempat raisya main,
incik ridzuan main games, aku tengok masterchef tiap malam, Eheh!!

standard unit apartment, memanjang kan..
aku tak buat divider antara ruang tamu dan makan,
memula ingat nak buat jugak tapi bila pikirkan balik,
tak perlu sebab nampak rumah sempit..
takpelaa kita buat divider cara lain =)

ada tiga ruang utama, buka pintu nampak ruang makan [entry lain],
ruang tamu dan ruang santai [area sliding door - entry lain]
 
ruang tamu yang simple, perabut basic..
tue pun penuh ruang, rumah kecik ken =D
rumah apartment maka L-shape sofa yang paling sesuai, jimat ruang..
memula ingat nak buat konsep hitam merah untuk ruang tamu..
karpet dah beli tapi sekali bentang saiz tak sama.. karpet merah tue kecik, uwaaa =(

tak cantik kalu letak pun, terpaksa relakan diri bentang karpet pepel nii,
takkan nak beli karpet lain kan.. karpet pepel nii pun bukan pilihan aku, pilihan incik ridzuan..
pasrah, tak kena tema tapi aku tak putus asa.. harus cantik walaupun tak berkenan di hati..
penyelesaiannya, letak bantal kecil sama warna karpet untuk kasi impak menarik =D
empat bantal kecik; dua corak sofa dan dua kaler sama karpet bagi aku dah cukup menawan..
ayatttt!! hebat tak? wakakaka... 
frame Allah swt, Nabi Muhammad saw dan surah empat Qul
sebagai hiasan dinding atas sofa buat masa sekarang dan tak perlu hiasan tambahan,
simple macam nii pun dah okay kan =)

rumah nii memang takde meja kopi.. aku nak beli tapi incik ridzuan taknak..
dan bila siap mengemas gini, okay tak yah meja kopi, wat semak jer =D
sofa incik ridzuan.. takde dalam list dan kebetulan clearance sales dan incik ridzuan nak sangat sofa jenis boleh laras ginii so beli jugak.. jenis sofa rehat, bed sofa pun iya jugak.. bantal bentuk hati tulisan LOVE sebagai hiasan =D auuwwww!! 
meja kopi takde, meja sisi pun takde maka aku beli rak nii sebagai perabut tambahan..
tuk aku letak hiasan bunga dan frame gambar, kata giler bunga ngan frame tahun nii ken..
hiasan tambahan pembakar aromaterapi dan hadiah dari incik ridzuan masa cintan-cintun dulu =)

tempat peberet raisya sekarang sejak aku letak frame gambar dia tue, hahaha...
buku bawah tue aku nak susun balik.. ingat nanti beli rak kotak dan labelkan, lebih menarik..
okay itu next projek nanti..

mainan raisya satu bahagian.. aku takde sediakan playarea tuk raisya kat ruang tamu.. memang taknak buat pun kat ruang tamu.. lagipun raisya ada bilik dia sendiri.. buat masa sekarang, sepah ler anak oii kat ruang tamu pun, ibu relakan... huhuhu...
ruang tamu komfem la ruang menonton sekali kan..
tv memang niat pasang dinding maka kabinet tv boleh letak hiasan =)
aku pilih kaler hitam untuk perabut ruang tamu..
hitam menawan tapi tak tahan ada habuk sikit dah nampak,
mak terpaksa rajinkan diri mengelap selalu...
hiasan simple.. takde barang mahal pun tuk hiasan aku nii..
tahun nii rumah berseri sikit sebab puan rumah suka beli bunga dan frame gambar =D

balang potpuri memang tak leh tinggal, hiasan wajib.. ada jugak balang ikan guppy incik ridzuan..
pastu satu lagi hiasan yang aku suka letak; pembakar aromaterapi dan lilin wangi..
atas speker pulak aku letakkan balang kaca dapat masa pi kenduri kawen..
dua balang kaca dan dua lilitan dawai balang.. sama saiz so aku letak selang seli...
cute sangat   ^_^   #alamak,pujirumahsendiri..
pandangan keseluruhan =) menarik tak?
bunga merah menjalar tue aku lilitkan cover wayar tv..
wayar tue sebenarnya dah ada cover tapi cover putih dan aku tak berkenan so
aku lilitkan bunga tue kononnya takde wayar la kat situ, hahaha...
okay!! aku tau hiasan kebudak-budakan tapi fedulik laa...
tempat peberet aku, peberet raisya jugak ^_^
ater pompuan, mane ada cermin tue la tempat peberet ken..
kedudukan tempat nii boleh tengok gambar atas.. [sila scoll atas yer ;p]

okay dah habis kauorang jelajah ruang tamuku..
p/s: jom kita pakat shoping kat Rehan's Wardrobe =D

Tuesday, May 21, 2013

::raisya nabila yang terkini::

berat satu tahun adalah 8.6kg..
tak berat macam baby lain? takpe, yang penting sihat =D
yang penting jugak aku dah lenguh dukung dia lelama, semput mak...
belom pandai jalan lagi...
boleh melangkah dua tiga tapak.. tue pun aku bangga sebab depan aku, yeayyy!!
takde keberanian nak melangkah tapi kalu berdiri dah pandai stabilkan badan..
nak melangkah ke depan tue yang payah cikit, huhuhu.. takpelaa...

pandai joget bila dengar muzik, comeiii sangattttt....
ada video tapi lain version, tak reti aku nak upload kat sini.. *sigh!!
sangat manja ngan incik ridzuan,
terpaksa aku terima hakikat raisya anak ayah.. uwaaa =(
ibu nak anak lelaki pulak bolehhh... Eheh!!
mudah dijaga, tak banyak masalah..
orang lain dukung pun senang cuma memula tue ada liat cikit laa,
sebab nampak aku @incik ridzuan, kalu kami berdua takde okay jer...
pandai berdikari, kalu tak takkan boleh duk taska kan...

apa yang aku larang memang dia tak buat.. dah pandai dengar arahan..
tapi kadang2 buat jugak sebab dia suka kot aku jerit2 marah kat dia, bila aku jerit dia tersengih..

"cuba cakap macam mane ibu garang nii nak marah
bila anak tersengih nampak gigi dua batang"... hehehe..

dan yang terkini, raisya kena chicken pox khamis lepas [16.05.2013] =(
sebab itu lama aku tak update belog.. cuti jaga dak kecik nii kat rumah..
kena pulak hari sama incik ridzuan outstation, terpaksa jaga sesorang...

sayu hati tengok anak sakit weiii...
raisya memang jarang sakit, melainkan demam, tue biasa laa kan..
bila anak kena chicken pox, aku pulak sesorang tanpa incik suami mau meleleh air mata beb!!
hati mak ken hati sensitip uolls!! terpaksa la incik suami balik awal dari outstation =)
bintik chicken pox dah banyak kering so arini aku masuk kerja, turn incik ridzuan jaga pulak..
anak ayah kan, inn sha Allah incik ridzuan boleh handle =)
petua orang dulu, aku sapu batu kawi kat badan raisya supaya cepat kering..
nii pun nasib baik teacher taska kasi, kalu tak mane aku nak cari batu kawi itu..

aku takde sapu lotion dari klinik sebab lotion klinik kan racun,
aku risau dak kecik nii suka sangat masukkan tangan dia dalam mulut..
kalu sapu batu kawi nii takde la risau sangat lagipun cepat kering =) 
ambik kau!! dah macam mandi lumpur dak kecik nii aku kerjakan, hehehe..
kemain payah nak sapukan kat badan dia tau..
sekarang dah pandai ngelat makan ubat, sapu ubat.. geram aku!!

apapun, semoga raisya cepat sembuh kerna kamu adalah penyeri hidup ayah dan ibu =) amin..


p/s: sejak kena chicken pox dah pandai gigit orang.. mangsanya aku ler, nak kiss sekali ngap tinggallaa love bites kat pipi nii, huhuhu... sakitttttt tau!!!