Thursday, May 23, 2013

::projek d.i.y - failling system::

macam mane kauorang manage segala surat menyurat,
bills tiap bulan, resit pembelian dan dokumen lain?

sejak pindah rumah, merata tempat ada bills, surat itu, surat ini...
dalam laci meja solek, laci almari baju laa.. laci akuarium..
dashboard kete pun hado jugak... kebanyakkannya bills dah bayar laa...
kalu belom bayar aku simpan elok2.. lepas bayar, baru campak merata, ahaks..

yang tak tahan bila nak kena cari balik bills yang campak merata tue..
lagi2 kalu urgent nak tang tue jugak.. selalunya bayar bills tapi
orang terima duit tak rekodkan [management rumah ler tue,
aku bayar tapi cakap ada hutang, bikin hati gua panas jer]..
kerja cari bills tue semua, komferm la kerja aku kan!!
stress mak nak cari weiiii kalu dah letak merata nii...

atas kesedaran sendiri, aku perlu buat sesuatu sebelom incik ridzuan sound..
Erm, pernah kena sound pun sebab dia cari bills apa entah tak jumpa, hikhik..
okay sebelom kena sound lagi, mai la kita manage segala dokumen ^_^

apa yang aku perlukan.. aku print label dulu..
TQ blog Suri [link] untuk printable cun itu ;p
 dasar malas nak tulis pakai tangan kan.. print cantik cikit =D
dan aku beli folder plastik kat kedai buku Popular..
best price aku dapat setakat nii.. rm8.95 untuk 12pcs
tue pun tak cukup, kena beli lagi satu set..
nampak sangat banyak giler dokumen laki bini nii ken =)
dah siap labeling ^_^
aku cuma tampal pakai salotip ajer,
nak guna double tape tapi takut koyak / terkena air pulak label tue..
mai la kita mula asingkan semua dokumen, bills, resit yang ada dalam rumah =)
bills selalunya tak simpan banyak, aku simpan bills tuk dua tahun ajer..
lepas dua tahun aku buang, terutamanya bills astro dan maxis..
agak2 takde masalah tunggakan bayaran so aku buang laa..
tak kuasa den nak buat arkib simpan dokumen lama..

aku bukan jenis simpan banyak barang..
simpan mane penting, yang lain masuk tong sampah..
laki den pulak jenis simpan semua, penting ke tak simpan katanya..
the end aku buang dalam tong sampah, wat semak rumah, huh!!
okay dah siap failling semua dokumen ^_-
lepas nii nak dokumen apa, sila la cari folder mengikut nama yang tertera ye..
incik ridzuan pun boleh cari sendiri tanpa jerit "ayang, mane bills tepon januari tahun lepas" =)
time mencari bills dan resit terjumpa pulak fail kertas nii..
fail nii aku beli tuk failling jugak tapi kerja sekerat jalan, hehehe...
baru dan boleh guna lagi.. sayang pulak nak buangkan...
fail nii aku guna tuk dokumen yang banyak dan tebal contohnya macam fail rumah..
kan banyak buku2 aggrement, snp la apa la semua tue kan..
nak letak dalam folder plastik memang takkan muat.. bagus jugak jumpa fail nii =D
fail kereta, motor incik ridzuan pun guna fail nii jugak...
aku sediakan satu tuk raisya, buh surat beranak, buku checkup pregnant, CD scan 4D dulu...

aku buat failling macam nii sebab satu ofcos laa senang kerjakan,
apa2 hal aku direct cari fail tanpa perlu pening kepala dan ayat "mane aku letak ye"..
pastu kalu aku takde, incik ridzuan pun senang jugak nak cari..
dan yang penting sekali, kalu berlaku kebakaran @kemungkinan lain laa [minta jauhkan]
aku boleh selamatkan dokumen penting macam surat beranak anak, surat nikah tue semua ^_^

tapiiiiiii ada satu lagi masalah sekarang, mane aku nak simpan semua dokumen nii
sebab aku takde home office kat rumah =(

terpaksa cari satu sudut untuk aku jadikan home office pulak lepas nii,
Pentingggg!! sebab aku nak letak segala alat tulis, notebook, dokumen failling kat atas nii..
tak perlu ruang besar, aku cuma perlu satu sudut tanpa
gangguan dak kecik yang bernama raisya nabila ^_-
next projek!!

7 comments:

Fizah said...

ohoho...sungguh memberikan inspirasi entri ini...!!!

betul2 nak buat jugaklaa...yeahhh kumpul semangat!!! ;D *wink*wink*

mama ila said...

haah...betul lah..boleh tiru nie..ngeh3... kat rumah tu pun merata bills semua..hehe..pasni boleh lah buat cenggitu..aci r yer tiru..hahhaha

m@m@yAyA said...

owh tq eh bg idea cmnie..
xpenah terpikir pun..salu ltk merata-rata bila time nak byo mula menggelupur cr stiap sudut xjmp..

JaJa_NoRLiza said...

bagus system failing ni...segalanya teratur! lepas ni kena wat gak.. izin TIRU idea yer...hehehhehe

With Julia said...

Wooooo senang hati bila husband julia yg rajin buat fail2 billing tau...haaa senang koje umi Qi...hehheh dia sgt teliti than isterinya....fail u sebijik cm fail kami...weeeeeee

adianiez AIDA said...

aida buat dulu guna folder yg tebal tu. tebuk lubang and masukkan dlm folder tu. just buat kertas yg ada telinga tu and label kat telinga tu. tapi tu dulu.
skang bills aida tak simpan da. after byr online, simpan je reference no. mana yg byr cash, simpan resit for at least 6 months.
takde tempat nak simpan lotsa folder...

Zuraida said...

Smart lah, boleh tiru!! :)