Tuesday, May 21, 2013

::raisya nabila yang terkini::

berat satu tahun adalah 8.6kg..
tak berat macam baby lain? takpe, yang penting sihat =D
yang penting jugak aku dah lenguh dukung dia lelama, semput mak...
belom pandai jalan lagi...
boleh melangkah dua tiga tapak.. tue pun aku bangga sebab depan aku, yeayyy!!
takde keberanian nak melangkah tapi kalu berdiri dah pandai stabilkan badan..
nak melangkah ke depan tue yang payah cikit, huhuhu.. takpelaa...

pandai joget bila dengar muzik, comeiii sangattttt....
ada video tapi lain version, tak reti aku nak upload kat sini.. *sigh!!
sangat manja ngan incik ridzuan,
terpaksa aku terima hakikat raisya anak ayah.. uwaaa =(
ibu nak anak lelaki pulak bolehhh... Eheh!!
mudah dijaga, tak banyak masalah..
orang lain dukung pun senang cuma memula tue ada liat cikit laa,
sebab nampak aku @incik ridzuan, kalu kami berdua takde okay jer...
pandai berdikari, kalu tak takkan boleh duk taska kan...

apa yang aku larang memang dia tak buat.. dah pandai dengar arahan..
tapi kadang2 buat jugak sebab dia suka kot aku jerit2 marah kat dia, bila aku jerit dia tersengih..

"cuba cakap macam mane ibu garang nii nak marah
bila anak tersengih nampak gigi dua batang"... hehehe..

dan yang terkini, raisya kena chicken pox khamis lepas [16.05.2013] =(
sebab itu lama aku tak update belog.. cuti jaga dak kecik nii kat rumah..
kena pulak hari sama incik ridzuan outstation, terpaksa jaga sesorang...

sayu hati tengok anak sakit weiii...
raisya memang jarang sakit, melainkan demam, tue biasa laa kan..
bila anak kena chicken pox, aku pulak sesorang tanpa incik suami mau meleleh air mata beb!!
hati mak ken hati sensitip uolls!! terpaksa la incik suami balik awal dari outstation =)
bintik chicken pox dah banyak kering so arini aku masuk kerja, turn incik ridzuan jaga pulak..
anak ayah kan, inn sha Allah incik ridzuan boleh handle =)
petua orang dulu, aku sapu batu kawi kat badan raisya supaya cepat kering..
nii pun nasib baik teacher taska kasi, kalu tak mane aku nak cari batu kawi itu..

aku takde sapu lotion dari klinik sebab lotion klinik kan racun,
aku risau dak kecik nii suka sangat masukkan tangan dia dalam mulut..
kalu sapu batu kawi nii takde la risau sangat lagipun cepat kering =) 
ambik kau!! dah macam mandi lumpur dak kecik nii aku kerjakan, hehehe..
kemain payah nak sapukan kat badan dia tau..
sekarang dah pandai ngelat makan ubat, sapu ubat.. geram aku!!

apapun, semoga raisya cepat sembuh kerna kamu adalah penyeri hidup ayah dan ibu =) amin..


p/s: sejak kena chicken pox dah pandai gigit orang.. mangsanya aku ler, nak kiss sekali ngap tinggallaa love bites kat pipi nii, huhuhu... sakitttttt tau!!!


4 comments:

roti bakar + nutella said...

oloh..cian die....tp cikngah sedih sbb party dah postponed..(baru nak makan pree bebanyak)..sigh!

nurulhuda said...

huh!! lempang gak dak nii kang...

adianiez AIDA said...

amboi, sian raisya!
raisya nak test gigi ler tu ibu...

mama ila said...

sian raisya..cepat sembuh ye sayang