Wednesday, May 8, 2013

::majlis doa selamat selesai...::

update cerita tertunggak arini..
sepatutnya sebelom cite bufday raisya dah update
tapi excited ngan bufday raisya ken so skip dulu..

tiga, empat bulan lagi cukup setahun aku duk rumah sendiri,
baru ada kesempatan buat kenduri doa selamat.. hehehe
nii majlis 2hb mei yang lepas.. khamis malam jumaat..
lepas isya', majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat..
sempena kelahiran raisya pun iya jugak..

aku takde jemput ramai.. setakat ahli surau, ahli masjid empat, lima orang,
jiran satu aras.. kebanyakan jiran aku nii ahli surau..
keluarga terdekat; yunie, mak sedare, pak sedara wajib jemput ^_^
Ehh!! ramai jugak nii, penuh rumah, huhuhu...
sejadah & yassin sebagai goodie gift untuk tetamu =D
aku takde sedia banyak, ada laa 20pcs khas untuk tetamu lelaki..
raisya 1st time berbaju kurung ^_^
tapi tak comeii ler merangkak pakai baju kurung,
dah pandai jalan baru awesome...
menu simple =D
jiran aku siap warning jangan jamu banyak makanan takut membazir..
aku follow aje ler lagipun memang tak banyak mane pun makanan..
meja kunyah2 ^_^
ada snek jagung & jajan snekku tuk bebudak..
kacang, kerepek ubi, maruku boleh kunyah sambil borak2 =D
main menu, bihun goreng =_=
aku tempah, kemalasan nak masak sendiri..
karipap nii aku tempah frozen kat kedai..
lepas maghrib baru goreng kasi garing, makan panas2 baru best =)
satu lagi aku tempah akok ngan kawan makcik aku..
semua menu tunjuk, wakakaka...
kek chiffon banana.. makan rumah makcik aku aritu sedap,
incik ridzuan suruh pi beli, jadi laa satu menu tambahan..
buah oren tue pulak sedekah dari tokey bihun goreng tadi =D
pastu aku buat dua jenis air, teh tarik dan sarsi.. satu panas satu sejuk..

tue ler menu aku, simple kan.. dua jiran yang datang kasi kek, bertambah menu atas meja..
alhamdulillah semua tetamu makan kenyang, makanan pun takde membazir.. orang kata sedang elok, cukup untuk semua orang ^_^ i like!!!

nak dekat kul 10pm baru majlis mula sebab tunggu ahli masjid datang..
kesian aku tengok, dah kelaparan semuanya, huhuhu...
jiran pompuan aku.. seronok ngan diorg sebab semua friendly..
semua tinggal satu aras.. aras aku kebanyakan melayu, cina ada ler tiga empat unit..
ada jiran sebelah menyebelah tak datang.. ada cuti balik kampung, ada balik kerja lambat, penat jadi tak datang laa..
dak kecik nak mengacau orang baca yasin..
suka sangat duk bawah meja dak raisya nii..
sorang lagi tue kawan raisya, yaya namanya.. diorang sebaya..
duk selang satu rumah.. yeayyy!! raisya ada kawan swimming dan main playground lepas nii =D
sesi menjamu selera sudah bermula.. diketuai oleh pak sedara aku, wakakakah.....
majlis habis dalam kul 11pm, alhamdulillah semuanya berjalan lancar..


p/s: lepas nii boleh update deco bersama ibu raisya ;p
rumah sewa boleh masuk blog, deco rumah sendiri haruslaa kenn!!!

2 comments:

diary_ciknaa said...

lega sgt bl niat kite nk buat tu dah lepas kan.. setahun dah raisya si anak ayah..eh? :)

nurulhuda said...

cik naa: betul tue, lega bila dah settel apa yang nak buat.. a'aa, anak ayah tue dah setahun, huhuhu =D