Monday, May 23, 2011

::hati aku sensitif =(::

dulu, bila ada kematian ataupun dengar perkara sedey berlaku dalam hidup, hati aku keras, air mata aku payah nak mengalir.. tgOk Orang sekeliling menangis, hati aku masih kental..

walaupun perkara sedey itu melibatkan ahli keluarga, sahabat handai, mahupun jiran tetangga, air mata aku payah nak mengalir.. sampaikan aku sendiri berkata pada diri;
aku nie takde emOsi ke?

aku masih ingat 1st time menangis kerana kematian ahli keluarga, bila mana aku melihat sutie menangis ketika kematian nenek, yang kami panggil CHEK..

tue 1st time aku menangis, menangis bukan kerana aku kehilangan tapi menangis kerana aku lihat sutie menangis.. bOleh ke macam tue? huhu

bila tgOk sutie menangis, tanpa sedar air mata aku pun mengalir sama.. umur aku time tue adalah 15 tahun tanggal 14 april 2000, 11 tahun yang lepas =(

sejak dari kejadian petang tue, tiap kali perkara sedey yang menimpa, aku pasti sebak, pilu dan hati aku menangis.. mata aku berlinangan air mata, tanpa perlu lakOnan, tanpa perlu dibuat2 =(

begitu lah jugak lepas aku menOnton videO pengebumian mangsa tanah runtuh di Hulu Langat tadi.. walaupun aku tak dengar bunyi tangisan mereka (sObab takde speaker) aku paham dan air mataku jatuh jua..

aku tak kenal siapa mereka, aku takde saudara yang terlibat tapi aku sedey bila mana melibatkan anak-anak kecil begitu.. hati aku sayu, aku sensitif.. sObab aku pernah mengalaminya..

kematian diusia muda, adik incik ridzuan meninggalkan kesan yang mendalam.. seyes aku cakap, dOkat seminggu jugak lah aku menangis atas kematiannya..

incik ridzuan relax tapi aku yang Over lebih =(


P/S:
kOrang nak tgOk videO pasal kejadian
tanah runtuh tue, search sendiri lah yer..

aku taknak baca dah, nanti tak
pepasal Opis nie banjir pulak..

entry sedey di pagi hari..
hati aku sensitif hari nie=(

No comments: