hotel kedua sepanjang 10hari berpuasa =)
yang pertama kat Eastin Hotel, PJ [klik untuk buffet ramadhan] gambar non hado sebab time tue bateri low, terus takde mood nak posing sana sini, wah gitu!!!
alaa.. makanan hotel standard laa; kambing golek, segala macam nasi, segala macam mee, desert kuih-muih semeja DLL ^_^
balik kerja terus ambik raisya dan incik ridzuan.. tengok jam baru pukul 6pm, awal lagi.. hotel bukan jauh mane, dokatttt ajer ngan Opis incik ridzuan.. The Mall tengah renovation kalu tak boleh usha2 baju raya =)
kali ketiga aku berbuka kat sini.. okay laa, menu banyak.. harga nanti aku share hujung story ye ^_^
dak kecik yang taknak duduk atas kerusi dia.. nak guling bergolek atas kapet, nak buat macam rumah sendiri.. hohoho, mane boleh yang oiii.. jaga attitude raisya, kasi ler ibu feeling "mak datin makan kat hotel" jap, muahahaha..
"mak datin" bersama anak yang makin kuat melasak.. baru sorang nii, macam mane nak tambah anak dua tahun sekali, mau fengsannnn...
tapi "mak datin" nii takde ler duk meja VVIP/VIP, duk meja takde V pun i tak kesah uollsss =P
yang penting dekat pintu, senang aku ulang ambik makanan berpinggan-pinggan.. senang urus si raisya jugak, takde nak kacau orang =)
ahli mesyuarat meja bulat =D
keluarga kecik incik ridzuan.. #kenapaakunampakbesardalamgambarnii..
orang belom berbuka dia dah baham kurma sebiji, muahaha.. makan laa asalkan mulut kamu diam anak oii.. suara dia bergema satu dewan, binggit mak.. huh!!
gambar deco tempat makan memang takde, i is segan uolls =_= lagipun tak kuasa aku nak angkut kamera, baik aku fokus ambik makanan jer, hihihi..
pinggan pertama, kononnya taknak nasi ler tue ambik mee, kueteow dan lauk bakar-bakar..
budak bambam ibu =) semua dia makan, semua dia sapu, pedas ke, sejuk ke.. hentam laa, asalkan tak sakit perut udah ler raisya ye..
hasil dari meja desert kuih-muih.. banyak lagi kuih lain tapi biasanya aku nii kalu buffet memang takde nak ambik kuih yang boleh beli bazar ramadhan, harus ler nak try kuih lain dari yang lain kan... betol tak?
licin semangkuk bubur lambuk dimakan dek anak bambam ibu.. raisya memang hantu bubur lambuk, nampaknya aku kena belajar buat bubur lambuk la lepas nii..
incik suami punya, mesti laa aku ngap jugak, muahaha.. kalu buffet aku tak makan banyak, aku makan cikit2 sebab aku nak rasa semua makanan tapi perut aku nii bukan tong 10liter, banyak mane laa yang boleh makan pun..
cuci perut ngan buahsambil dengar live band ^_^
menu last sebelom berangkat pulang.. cukup ler empat pinggan, tue pun dah rosak diet aku... ada tiga hotel lagi nak kena terjah sepanjang ramadhan nii, niat nak turun 1kg mau naik 5kg kang.. tak payah la pasang niat ibu raisya oiii...
harga buffet untuk Cita Rasa Kampung Seri Pacific Hotel, nak kata dijamin sedap tue bagi aku biasa ajer.. kalu nak makan ulam-ulaman, segala macam kerabu kat sini tempat dia...maklumat lain boleh terjah sini [klik]
okbaii ^_^
*kenyang makan berbuka, sahur pun tak lalu, hehehe..
No comments:
Post a Comment