menu malam tadi ^_^
setelah sekian lama tak masak..
minggu lepas mood down.. balik kerja penat sangat..
macam buat kerja berat kat opis tue,
padahal duk layan cite adam hawa, hahaha..
satu lagi alasan yang boleh dikira munasabah..
asal aku nak masak, bahan mentah habis..
bila nak pi beli, bos ada kat opis..
aku kan suka ponteng pi econsave jap, hehehe..
jalan kaki sebelah opis ajer pun..
setengah jam bukan lama mane pun..
nak pi lepas kerja buang masa pulak,
manekan nak kejar ambik raisya lagi,
jalan jem laa, nak balik masak lagi..
tue nasib baik tak follow drama tv3 kul7 tau,
hehehe..
kekadang aku nii ketandusan idea jugak nak masak..
mesti kau orang macam aku jugak kan?
susah jadi mak-mak nii, masak pun boleh bikin serabut kepala..
okay, aku tau itu sangat over!! hikhikhik..
bila mesej incik suami, "nak makan apa malam nii?"
dia balas; "ikan sardin, telur dadar"
tak mencabar langsung nak masak kan, huh!!
kalu setakat sardin dalam tin, masak sendiri, hahaha..
incik ridzuan memang peminat sardin..
tapi aku ler jemu nak makan menu sama jer..
disebabkan masalah ketandusan idea nak masak itu,
maka marilah kita mencari satu jalan penyelesaian ^_^
tadaaa....
kita buat satu jadual menu ^_^tetiba rasa macam duk asrama,
ada jadual makan bagai, kihkihkih..
menu simple.. menu ikut tekak aku, hahaha
ater aku yang masak, incik suami kena terima =)
jadual nii hanya sekadar panduan tuk aku bila takde idea nak masak..
itu ajer, bukannya menu nii wajib pun.. jangan salah paham pulak..
kalu tetiba nak makan ikan patin masak tempoyak, aku masak ler =)
settel masalah menu masak-masak, maka takde alasan malas lagi yer, ahak...
Emm, aku rasa alasan malas tue takkan hilang kot (=_=)
5 comments:
ayam masak kicak tu nampak sangat menyelerakan.. leh share resipi tak.. akak buat masak kicap ni selalu feel la...haish
hehe, bahan biasa jer kak..
tumis bawang putih, bawang merah, halia, cili merah.. masukkan ayam, kacau sampai sikit garing pastu kicap pekat, sos tiram, kiub ayam, serbuk lada sulah@lada hitam, air.. siap! =D
haha! bagus jugaq ade jadual camtu.. kite ni mmg kekadang dtg mood sampai taktau nak masak ape kan
wow.. tak terfikir nk buat jadual mcm ni.. hihi.. tq for sharing. lepas ni tak payah susah2 nk fikir masak ape da.. hihihi
masakannya sangat menggugah selera makan
Post a Comment