Wednesday, February 20, 2013

::kisah semalam::

aku cuti semalam, raisya demam..
susah jugak jadinya bila raisya demam,
incik ridzuan outstation sarawak minggu nii..

aku banyak kerja kat opis, nak taknak terpaksa cuti..
bos nak marah lain kira.. anak demam beb,
takkan nak lepas tangan kat pengasuh jugak..

raisya bila demam, manja lain macam sikit..
berkepit ajer hendaknya..
tinggal kejap pi panaskan lauk pun
meraung bagaikan orang dera..
tapi bila aku lepak2 tengok tv,
dia pulak main jauh2 dari aku, huh!!
demam biasa no hal sebab stok ubat ada dalam petiais..
nii demam pakej selsema batuk yang tak tahan nii..
mata tue berair ajer, nak buat macam mane,
asal aku hilang cikit meraung.. teresak2..
sungguh dramatik ini budak!!
nasib baik ada ubat titis tuk hidung sumbat..
pagi tue aku titis, sampai ke malam hidung berair..

bagus jugak atlis takde la sumbat lagi hidungnya..
aku nak korek2 hidung dia cuci pun marah..
tue yang geram, aku guna ubat titis masuk hidung..
puas hati tengok hingus keluar..
sampai basah dua helai sapu tangan, huh!!
makan pun kurang semalam.. ada la 5, 6sudu..
mungkin tekak pedih kot, asyik batuk..
kesian tengok dia batuk..
tido pun kurang, hah!! nii lagi aku heran..
baby lain makan ubat, bukan kata baby,
kita pun kalu makan ubat, mau 3-4jam tido..
raisya makan ubat, tido tak sampai setengah jam..
bangun terus segar, dapat main lagi..
heran aku tau!!

harap2 lepas nii takde la demam lagi ^_^

1 comment:

D Yatie said...

Sangat susah hari bila anak demam macam tu. Apatah lagi sekarang ni saya jauh dengan anak. Bila dia tak sihat masa hari bekerja, update dari kejauhan je dengan encik suami. Sedih. Huhu. Dulu bila demam boleh je terus amik cuti. Tak peduli bos nak marah ke hapa. Haha.