Tuesday, December 18, 2012

::picnic, mandi laut, mandi hujan @PD::

sekali sekala bercuti ramai2 best jugak..
havoc satu pantai, hakhak..

1030am dah terpacak kat tanjung biru,
aku pulak; apa hal ke pantai pepagi, panas weiiii..
dah sampai, hambik ko ada yang lagi awal dari ktorg..

korg tue, lepas subuh terus masuk laut ker? awalnyer..

nasib baik ada parking kosong,
cun2 depan pantai, tempat picnic depan parking..
takde masalah angkut makanan, bukak bonet sudah =)
kami2 yang dah lama giler tak ke pantai =D
raisya 1st time kena angin laut.. jakun jap muka dia, hakhak..
130ptg gitue, famili sutie & pakmuda join picnic =D
bertambah havoc ler, suara ktorg ajer dengarnya..
kalah orang buat family day kat hujung pantai, hakhak

nampak dalam tapi takde la dalam sangat,
adik aku yang kecik paras dada dia jer pun..
nii adik bongsu aku, aqilah.. tahun depan darjah dua =)
"kaklong.. kaklong.. cepat ambik gambar adik.."
dia ler pengasuh tak berbayar raisya, hehehe..
raisya 1st time kena rendam2 gitue,
tue yang melalak tak hingat dunia..
baru nak ajar dia mandi laut, mandi kolam..
nampaknya cubaan itu tak berjaya..
tak sporting la ko anak, penat ibu cari pelampung tau..

tak sampai 10minit pun raisya berendam..
pastu aku pakaikan baju kering, minum susu terus lena..
tak mau ngan aku.. semua tok ibu dia yang buat,
fobia ler tue ngan aku, hahaha...
merajuk ker raisya, ibu paksa2 mandi laut..

anak tido, aku apa lagi, ikut terjun laa, hihihi..
geng laki main kayak, berenang, makan..
aku takde geng, adik aku, yuni tak mau mandi..
aku geng ngan aqilah jer laa..
pastu ngan aku2 main kayak.. best jugak naik kayak..
lagi best incik suami yang dayung, aku relex2 main air ^_-

takdan nak basahkan rambut, air laut dah surut.. kahkahkah..
time tue kul 1230tgh hari kalu tak silap..
adik ipar aku cakap kul 2ptg nnt air pasang balik..

nasib datang awal, boleh la mandi laut kejap..
nak mandi jugak kena jalan jauh ke tengah lautan
tapi aku tak pi pun risau air tetiba pasang,
udah ler diri nii tak pandai berenang..
tunggu punya tunggu air tak pasang pun..
hujan turun ada ler.. main lah hujan pulak..
lama giler tak main hujan nii =)
geng laki siap main bola lagi..
tempat diorg main tue tadi ktorg berendam air laut tau..
tengok ler air takde dah surut, huh!!

makin lama, hujan makin lebat..
nasib baik ada rumah terbengkalai situ..
berteduh ler ktorg, sambung picnic dalam rumah tue pulak..
kul 4lebih, air laut tak pasang2 pun, moh ler kiter balik..

percutian ringkas tapi menyeronokkan ^_^


1 comment:

Nurhayati Mohd said...

wah..seronok piknik ramai2 dgn famili..akak pn baru gi piknik 2 mggu lepas..bawak anak buah yg dok kl..mmg seronok abis