Tuesday, April 2, 2013

::raisya = juara memunggah =)::

assalamualaikum...... ^_^
lama tak update blog...
maapkan saya..
minggu lepas dua hari mc - aku demam
cuti hujung minggu balik perak..
semalam dah kemalasan nak update..
nasib baik hari nii ada kerajinan sikit =)

anak kau orang mesti dah pandai memunggah kan?
raisya, dialah juara kat taska dan rumah..
ada satu hari tue cikgu dia ngadu kat aku..
raisya memunggah barang2 mainan keluar almari..
pastu tengok dia takde, cikgu duk cari merata,
rupanya dia punggah barang keluar, dia pulak yang masuk almari
hahaha....

sebiji macam aku masa kecik2 dulu..
main sorok2, menyorok dalam almari then tertido sampai senja, 
ayah ibu cari tak jumpa, sampaikan nak pi report polis anak hilang, hehehe
okay... mane tak tumpahnya kuah kalu tak ke nasi, fine!!!
kat rumah nii ler dua bakul mainan yang aku sediakan depan tv..
ada lagi satu bakul besar kat bilik dia tapi yang dalam bilik malas nak keluarkan
nantikan makin sepah pulak ruang tamu aku yang sekangkang kera tue..
yang ada sekarang nii pun penuh ruang.. nak jalan pun susah, huhuhu..
sepahlah anak, selagi kamu nak sepah,
jangan kamu sepahkan barang ibu sudah =D

raisya ler mengadanya, dia sepahkan pastu dia langgar2 mainan
pastu dia menangis gedik macam aku pulak yang salah, ehh!!! cubit baru tau...

penat jugak, bila tiap kali kite kemas, dia punggah keluar tapi budak tengah membesarkan,
sepah tue salah satu sumber pembelajaran jugak... belajar sepah barang namanya, hahaha..

dalam satu malam tak tahu laa berapa kali aku kemas bakul mainan nii..
pernah aku kira satu malam dari kul 7-11malam,
lima kali aku mengemas bakul mainan dak kecik nii...

takpelaa, dah ada anak kecik kan, nak buat macam mane, hehehe..
alasan taknak mengemas gitue ler..
sekarang tengah ajar dia kemaskan balik mainan yang dia sepahkan tue..
tapi bila aku ajar dia masukkan mainan dalam bakul..
dia ambik balik mainan tue keluar bakul, ehh!!! apakah?
dia bosan sepah mainan dia punggah barang dalam beg taska pulak...
time nii aku kemas barang mainan depan tv..
pi cari dia, nii yang aku dapat.. pastu letak dia depan tv, kemas yang nii pulak..
pi tengok dia depan tv, sepahkan bakul mainan yang aku kemas tadi...

"arghhhh!!! tension ibu... sudah ler tue raisya... jom kita masuk tidor!!"

sekian, cerita anak incik ridzuan dan puan nurul yang makin membesar =_=

1 comment:

mama ila said...

hehehe..mmg cenggitu lah dah ada anak nie...dalam satu hari mau 5 6 kali kemas bakul menan dia kann..haha..pastu belum masuk bab sepahkan barang ibu ngan ayah dia lagi..sepahkan baju yg dah dilipat..hehe...tapi penat2 pun seronok tgk anak membesar kann