Wednesday, April 24, 2013

::kalu dah namanya ibu...::

Ola la laaaaa, kawan blog semua..
lama menyepi blog aku, sorry ibu raisya bizi cikit minggu lepas,
kerja opis berlambak.. balik rumah kerja rumah lagi.. penat..
jadi mood nak update kelaut =(
maka dengan itu, minggu nii aku istiharkan cuti buat kerja rumah,
semua forward ke hujung minggu.. hehehe.. #alasanbaikpunya..

nak cerita pasal ibu ktorg, boleh?
ibu ktorg nii surirumah sepenuh masa..
kalu dah namanya suri rumah, kebanyakkan masa kat dapur..
nak cari ibu, pi dapur.. balik sekolah, terjah dapur - cari ibu katakan,
asal nak cari ibu, dapur adalah tempat pertama ktorg tuju..

kalu ayah tanya, "mana ibu?"
jawapannya satu ajer, "kat dapur" =D

sampaikan ayah sound;
"ibu korang nii takde tempat lain ker, asyik duk dapur jer"
hehehe.. #sayasayangibusaya..

anak ibu ramai, adik beradik aku lapan orang..
bayangkan laa.. anak no.4 nak air milo, ibu buatkan..
yang no.6 tengok no.4 ada air milo, dia pun gedik nak jugak.. ibu pi dapur lagi..
dah siap air milo no.6, no.8 pun nak jugakkkk... 
bebudak, biasa laa, mane boleh orang tue ada, dia takde kan..
alah, macam ler korang tak pernah jadi budak =)

anak lapan orang, agak2 berapa kali ibu ulang alik masuk dapur?
tue baru kisah air milo, belom lagi kisah makan nasi, hahaha..
agaknya sebab itu ibu suka duk dapur, tak payah nak ulang alik..
nak apa2 cari ibu kat dapur.. hehehe, rindunya zaman kanak-kanak..

kerja ibu tak pernah habis, lepas satu, satu anak dia nak itu ini,
jenis tak reti nak buat sendiri, semua harapkan ibu =)
bila lagi nak manja2 ngan ibu kennn?
Wah!! macam buat test ucapan Selamat Hari Ibu pulak..

bila dah jadi ibu nii, baru paham kenapa ibu dulu suka sangat duk dapur..
tapi kalu dah namanya ibu, setinggi mane pun jawatan, tetap masuk dapur jugak..
nak masak makan malam laa.. anak nak susu, pastu ayahnya minta minuman panas.. #nakmanjanganbinikononnya..
nasib rumah I kecik, boleh ler nak ulang berpuluh kali masuk dapur pun, hahaha...

raisya sekarang pantang aku hilang, meraung melalak dan
dengan lajunya merangkak ke dapur cari aku ^_^
dia pun tau, ibu takde depan mata, kena pergi dapur..
itu gambar melalak, masuk dapur.. ayahnya takde, outstation time nii..

itu duluuuu...
sekarang kurang sikit meraung melalak dia..
asal aku hilang, nanti paling nampak dia depan "pintu" dapur..
*tempat dia merangkak dalam gambar tue..
tersengeh2, tepuk tangan, kononnya nak cakap;
"ibu takyah sembunyi, raisya dah jumpa ibu" gitue katanya, hehehe..

rumah aku memang takde baby safety gates, aku tak suka..
susah nak melangkah, malas nak bukak2 gate..
bajet konon boleh kawal anak sendiri ken =_=

umpan ngan biskut, duk diam si kecik nii..
kalu tak, nanti dia merangkak sampai tempat aku masak, wet kitchen la kononnya..
nii raisya lepak makan biskut kat dry kitchen ;p
rumah kecik sekangkang kera pun nak wet kitchen, dry kitchen bagai, hahaha.. fedulik!!

kekadang terbabas jugak budak kecik nii masuk wet kitchen..
aku leka basuh pinggan, laju lah dia merangkak..
pastu panggil aku kononnya nak tunjuk, dia dah berjaya pergi wet kitchen =)

sebab tue sekarang nii, aku tutup pintu wet kitchen tue, senang..
alah, wet kitchen tue sebenarnya yard yang aku jadikan tempat masak2 =)
kan ada pintu kan, boleh buka tutup, buka tutup..
incik ridzuan nak pecahkan pintu tue dulu, nasib baik aku halang, berguna sekarang..

wet kitchen adalah black area tuk raisya sebab situ tempat masak, minyak panas,
periuk panas, ada tong sampah jugak..
semua benda yang membahayakan.. kalu dia berlegar setakat dry kitchen tue aku tak heran pun..
semua barang masuk kitchen cabinet dan kitchen cabinet aku jenis susah buka bagi kanak2..
nantilah aku share gambar kitchen kabinet tue yer..

Eh!! susunatur rumah baru belom pernah masuk belog secara rasmi kan, tunggu yer...
tunggu aku ada mood, hikhikhik..
bagusnya raisya nii, dia memang kuat makan..
kalu ada makanan kat tangan, dia akan duk diam sampailah makanan habis..
ibu raisya pun pandai jugak.. makanan habis, kasi makanan lagi, jadi anak itu tak bergerak,
statik kat situ sampai habis urusan ibu kat dapur, muahahaha...
kalu dia jemu tunggu ibunya ini, dengan sendiri akan merangkak ke ruang tamu ^_^

ini kisah aku sebagai ibu pada anak kecil bawah umur setahun..
banyak ragam kan tapi ragam anak2 ler mengubat rindu kita padanya suatu hari nanti (=_=)

p/s: baju oren, seluar pink.. hentam ler nak oiiiii =)

3 comments:

Anonymous said...

i misssssssss IBU soooooooo muchhhhhhhhhhhh!!sekian...

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

itu belum lagi dia pandai mengemas. hihihihihi...b

DYatie ABakar said...

betul tu.. siapa pun seorang mak.. walau setinggi mana pangkatnya d tempat kerja, bila balik rumah dia akan duduk di dapur untuk suami & anak.. :D