Tuesday, August 14, 2012

::sape nak duit raya beratur!::

semalam aku onleave, cik raisya demam dan selsema..
arini nampak okay sikit berbanding semalam..

ini anak sudah pandai bergaya buka mulut kaki tangan semua bergerak kalu aku pegang hp..
aku ambik gambar lain, dia yang over..
itu sebab bongkah duit raya atas badan dia, ahak! ternganga mulut suruh ambik gambar.. excited =)

ikut peel siapa la nie ^_-

kalerful betul duit raya tahun nie ^_^
sekali tengok macam duit main saidina pun ye jugak, muahaha..
incik ridzuan pi tukar bank, aku tak dan pi pun.. tetiba je wat balik siap bungkus bagai.. dah macam jongkong emas, kalu jongkong emas betul apa salahnya, kan!

bahagian aku rm200 jer, yang lain tue bahagian incik ridzuan..
Erk, rm200 tue pun aku tak kasi lagi, buat diam jer boleh tak, hihihi..

sampul tak dapat, susah betul sampul duit raya tahun nie..
nasib baik sampul raya tahun lepas ada lagi.. siap ada duit raya tahun lepas tue, hahaha..
keluarkan duit lama, masukkan duit baru =D

tadaa!! dah siap isi..
sampul tahun lepas, sutie kasi sampul 2pack, aku shoping jusco dapatlah 4pack, beli tong cat dapat lagi 3pack (aku mintak ngan cina jual cat, hihihi)

siapa cepat dapatlah sampul, yang lambat kita kasi duit sudah..
"alah! akhak kasi sampul pun ko buang jugak dik non kan.."

cepat beratur anak-anak.. ibu raisya nak kasi duit raya nie =_=


2 comments:

aTy _faRed~ said...

tak tukar duit raye lagi..!!! aarrgghh...

nurulhuda said...

hehe, bizi betul nampaknya =D