Tuesday, March 1, 2011

::sedeyyyy... oooooo::

buat mereka yang ada adik lelaki.....
hehehehe ^_^

> Subject: Cerita...... seikhlas kasih sayang yang abadi
>
>
> Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.
>
> Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi
>
> keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
>
> Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.
>
> Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat
>
> rotan panjang sedepa di tangan ayah.
>
> "Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.
>
> Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah.
>
> Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai.
>
> "Baik, kalau tak mengaku, dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil
>
> mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
>
> Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya
>
> sambil berkata, "Saya yang ambil!"
>
> Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,
>
> hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik.
>
> Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun air
>
> mata adik tak tumpah.
>
> Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:
>
> "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan
>
> kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"
>
> Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya
>
> yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah.
>
> Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.
>
> Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku
>
> yang takut berkata benar.
>
> Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu
>
> berkata, "Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!"
>
> Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.
>
>
>
> Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan
>
> aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke
>
> sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran
>
> ke peringkat pra-universiti.
>
> Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di
>
> ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita
>
> cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"
>
> "Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.
>
> "Di mana kita nak cari duit membiayai mereka?"
>
> Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
>
> "Ayah, saya tak mahu ke sekolah lagi!"
>
> Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan
>
> merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam.
>
> Panggggg.... sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang
>
> mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
>
> "Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana
>
> persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"
>
> "Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa
>
> keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala
>
> menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
>
> "Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti."
>
>
> Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.
>
> Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada.
>
> Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang
>
> tercatat.....
>
> "Kak... untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari
>
> kerja dan akan kirim wang buat akak."
>
> Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup
>
> kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
>
>
>
> Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
>
> "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"
>
> "Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"
>
> Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri
>
> dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.
>
> "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"
>
> Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa
>
> yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"
>
> Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup
>
> tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas
>
> bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
>
> Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara,
>
> "Akak tak peduli apa orang lain kata."
>
>
>
> Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.
>
> Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai
>
> gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."
>
> Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya
>
> dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
>
>
>
> Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.
>
> Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.
>
> "Emak, tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."
>
> "Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."
>
> Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
>
> "Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
>
> "Tak.... Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan
>
> serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.
>
> Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk
>
> bekerja keras."
>
> Apalagi... aku menangis seperti selalu.
>
>
>
> Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan
>
> menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
>
> "Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.
>
> "Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."
>
> "Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.
>
> "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan
>
> kesedihannya.
>
>
>
> Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada.
>
> Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung,
>
> juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"
>
>
>
> Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...." katanya lantas
>
> menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.
>
>
> "Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke
>
> sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya
>
> memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada
>
> saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat
>
> kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."
>
>
> "Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa
>
> saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya
>
> sampai bila-bila."
>
>
>
> Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik
>
> sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

ada yang sedeyyy, ke kOrang menangis?? =D



No comments: