lagi sembilan hari, masuk setahun setengah.. dah banyak akal.. peel pun macam-macam.. semua nak buat sendiri, lagak orang dewasa... arini random photo, lama tak bercerita pasal puteri hati yang sorang tue ^_^
tempat peberet.. asal ibu buka sliding door nak jemur kain kat balcony, dia pun sama follow belakang.. terpaksa jemur kain sambil monitor dia.. sekarang aku tutup ajer sliding door tue tapi dia pandai, duk ketuk-ketuk suruh buka, kalu aku tak layan mula laa air mata mengalir keluar.. drama sunggguh itu anak!!
pergi taska, memang budak nii menido ajer kerjanya tapi kalu ambik petang, mula laa riuh suara dia bercerita itu ini.. peneman setia ibu dalam kereta.. kalu tak pergi taska dan aku drive sesorang, rasa sunyi dalam kereta, memang rindu nak dengar suara riuh dia =)
cubaan memakai seluar sendiri walaupun tak berjaya tapi boleh laa dibanggakan, hehehe.. keinginan itu yang penting, jadi ke tak lain kira, betul tak? ^_-
suka bercakap dalam cermin.. asal nampak muka dia, mula laa bersembang, bercerita, riuh.. risau jugak budak besar tue bercakap sendiri kan tapi kekadang aku rasa kecian, takde kawan kat rumah tue yang jadi lagutue.. tetiba rasa nak ambik anak angkat buat teman raisya main, hahaha...
aku dah asingkan tempat tido raisya, walaupun masih dalam bilik aku tapi dia tido dalam babycoat, babycoat zaman baby.. aku guna pakai balik.. tak tahan ler, budak ini tido lasak sangat.. nak melasak pun melasak laa dalam babycoat, hehehe.. tunggu setahun dua lagi, nak ajar tido dalam bilik sendiri pulak..
budak baru nak belajar, apa yang kita buat, dia tengok dan nak buat sama.. aku tak sekat kebebasan raisya tapi kena laa tengok keadaan semasa jugak.. dia suka sangat tengok aku memasak so sekarang aku belikan set masak-masak.. balik rumah mesti mainan tue yang dia cari dulu, hahaha... kelakar sebab dia ikut peel aku, asal sampai rumah.. pegang kuali... tue yang dia pun nak pegang kuali jugak...
dah belajar makan sendiri =D taknak bersuap sekarang.. dia pulak yang suap aku makan, lagi kita tak buka mulut, lagi tue dia paksa kita makan, wakakah.. lepas nii setiap kali keluar makan kat kedai, mau aku standby mangkuk kecik tuk dia dalam handbeg, huhuhu ^_^
*nak kena beli handbeg besar lagi nii..
masih lagi anak kesayangan ayah ^_^ ini budak jeles kalu aku gurau-senda, tepuk-tampar ngan ayah dia.. mula laa dia menjerit, hahaha.. dia ralit main, tengok aku ngan incik ridzuan duduk rapat-rapat, mula laa dia datang dekat.. huhuhu.. nasib baik anak sendiri TT_TT
sekarang pandai request nak pakai gelang tangan, cekak rambut, spek mata tapi pakai lima minit pastu buat main.. ke arah perempuan dah nampak.. dah tau tempat aku letak bedak, lipstik semua.. sikit masa lagi barang makeup ibu boleh share ngan raisya =)
dah pandai ikut apa yang orang buat, orang marah dia pun dah pandai lawan balik... selalunya yang paling garang kat rumah ofcos laa ibu tapi kalu ayah kuat suara cikit, meleleh air mata dak kecik nii.. almaklum laa ayah tak pernah garang ken.. ibu dah biasa garang so dia pandang sebelah mata jer kalu ibu jerit punggg..
semua makanan dia dah balun tapi selalunya buat rasa ajer laa takdenya pulun sampai kenyang, huhuhu.. contohnya eskrem, selagi ada memang dia nak, cara aku makan cepat-cepat.. eskrem habis diam laa dia, belom pandai lagi mintak beli ganti yang lain...
peel terbaru, suka betul lipat kain.. tue dia dapat satu kain lap dapur yang baru basuh.. ralit betul duk lipat pastu kalu tak dapat lipat garu-garu kepala.. akhir sekali dia buat ala-ala mop lantai, hahaha... kelakar.. aku ada video tapi format lain tak dapat nak tunjuk kat korang ^_^
mainan baru raisya; set masak-masak.. nii lagi satu hal, kan dah kata takde kawan nak ajak main kat rumah tue, yang jadi mangsa aku laa... terpaksa layan dia masak, dah siap masak, suap makan pulak..
macam nak belikan baby alive kasi dia buat teman main... Ermmm!! tapi aku takut, maunya bendalah tue ikut belakang bila aku bangun nak buatkan susu dak tecit tue malam-malam, tak pasal lain pulak cerita nantikan =D
walaupun banyak mulut, cakap tak berhenti tapi tak paham pun apa yang dia cakap..
selalu buat ibu bengang, asal kemas tak sampai lima minit dia punggah mainan balik...
asyik nak mengekor belakang, tak kira ibu masak, jemur baju, lagi-lagi kalu ayah outstation..
berebut tepon, tab.. kacau ibu tengok "Love U Mr Arrogant".. selalu kacau bila ibu lipat kain..
selalu cari gaduh, suka ibu tinggikan suara.. kiss ibu, pukul muka ibu, siap jelingan tajam lagii..
ibu tau, semua yang raisya lakukan untuk dapatkan perhatian ibu..
maafkan ibu kerna terpaksa kerja tuk bantu ringankan beban ayah..
maafkan ibu kerna masa dua hari seminggu untuk raisya singkat sangat..
maafkan ibu kerna balik kerja terpaksa masak, cuci baju, baru boleh melayan raisya..
maafkan ibu kerna belom menjadi ibu yang sempurna untuk raisya..
tapi ibu akan cuba menjadi yang terbaik sebab raisya anak kesayangan ibu walaupun raisya sayang ayah lebih, huh!! TT_TT
fine...
1 comment:
Huuuuu. Raisya faham ibbbuuu. Jangan risau ibu.. :))
Post a Comment