Tuesday, May 14, 2013

::projek d.i.y - cover suis =)::

ada orang email tanya, kat mane aku beli cover suis dalam entry lepas [link]
adakah ini cover suis yang dimaksudkan itu ^_^
kauorang suka? aku lagiiiiiii suka...

asalnya suis biasa jenis bulat cenonet kecik tapi gedik nak baru ken,
maka incik ridzuan tukar stail besar, panjang gitu.. lebih moden katanya..

aku lupa ler berapa harga satu suis tapi yang pasti memang murah
sebab tue aku berani tukar satu rumah, ahakz.. tak silap sehinggit lebih..
tapi harga suis lain, harga plug lain.. water heater, TV, lain2 tau..

kalu kauorang beli bercorak.. takyah kata corak, yang kaler pun dah rm10++ satu,
ada jugak yang sampai rm30++, idok ler aku giler nak beli suis sampai rm30 satu..
baik aku makan meatball kat ikea, lagi kenyang...

rumah aku ada lebih kurang 30 suis/plug/soket, nak beli yang bercorak memang tak mampu,
tak hinggin pun nak habiskan duit kat benda macam nii..
tapi hati nak jugak sebab cantik kan so macam mane nak buat niiiii.........
jadi mai la kita mulakan projek d.i.y ^_^
bahan yang diperlukan =D
yang penting kauorang carilah sticker yang korang berkenan...
sticker bunga tue jenis transparent, aku beli kat kaison paradigm mall..
harga rm7.90 satu gulung, cukup untuk semua suis/plug/soket..

nak kena ajar jugak ke cara nak potong, nak tampal..
pepandai kauorang laa ye.. nii kerja senang ajer pun..
sambil tengok drama hindustan tiga jam dah boleh siap ^_^

asal putih suci bersih dan hasil kerja d.i.y incik ridzuan =)
yup!! nii projek d.i.y incik ridzuan.. aku tukang support, yeayyy, hehehe...

tak perlu beli cover suis sampai rm10-30 sebijik,
ngan cikit usaha dah dapat hasil sama harga rm10-30 itu kan ^_^
kauorang suka? apa lagi boleh laa start projek d.i.y sekarang..
good luck dan selamat mencuba.............................

Monday, May 13, 2013

::susunatur ruang foyer, katanya..::

dah lama sebenarnya nak entrykan rumah yang aku beli hampir setahun nii..
bukan dengan niat lain, aku entrykan untuk kenangan masa depan..
lebih2 lagi untuk kenangan anak dan rujukan aku akan datang..

rumah sewa masuk belog, inikan pulak rumah kami beli.. haruslaa, hehehe..
rumah murah, bukan harga juta-jutaan tapi mengikut kemampuan sendiri...
kena ukur baju dibadan sendiri, iya idok? ^_-

kami tengok rumah contoh, pastu agen developer kasi short list nombor rumah,
kami pilih nombor rumah pun ikut suka hati.. sekali dapat kunci, rumah depan lift, yeayyyy!!
satu kelebihan, takyah jalan jauh.. dalam rumah pun boleh dengar pintu lift buka, tutup, hehehe.. 
welcome to my little home, wah gitue!!
nii susunatur entrance rumah, pintu utama memang rapat ke koridor..
nak taknak, rak kasut kena letak ruang koridor.. kasut, selipar jalan aku letak luar..
kat luar nii takleh nak deco over sangat, cukup satu rak kasut, sign "Assalamualaikum" dan button loceng rumah.. ingat nak cari pokok hijau tinggi dalam pasu letak tepi rak tue, rasanya lagi comeiii kan, hehehe.. idea nii akan dipertimbangkan =)
ruang foyer, buka pintu ini yang nampak dulu..
apartment pun nak jugak buat ruang foyer, hahaha... fedulikkk!!
kabinet kasut nii dah lama, zaman incik ridzuan bujang..
nak beli baru tapi sampai sekarang tak pi cari.. cakap jer nak beli, nak beli baru, hehehe

selalunya ruang nii buat aku letak handbeg, beg taska raisya bila balik kerja..
transit dulu kat sini sebelom handbeg masuk bilik utama, beg taska masuk bilik raisya =D
kat sini jugak aku letak apa2 barang yang nak bawak opis ke, masuk kereta ke..
letak depan pintu senang, kalu letak tempat lain kan nanti lupa nak ambik..
walaupun kabinet kasut tapi aku suka hias cantik..
ater kau buka pintu rumah terus nampak kabinet nii kan, takkan nak kasi togel gitue je..
mai la kita menghias, tak perlu barangan mahal.. cukupla apa yang ada kat rumah..

frame gambar tue dah lama aku beli tapi baru guna dua tiga menjak nii, hehehe..
tue pun selepas ada kesedaran cikit pi cuci gambar ^_^
pasu potpuri, bekas lilin dan bunga2 tue semua barang lama dari rumah sewa lagi..
cuma masa dirumah sewa susunan ada kelainan cikit dari sekarang =D

Oh!! bunga tue rasa nak tukar ler, aku nak letak orkid pulak, okay tak? ^_-
bahagian atas, macam biasa ada suis lampu, remote kipas, remote lampu..
tempat sangkut kunci =D hiasan dalam tempat sangkut kunci tue, souvenirs orang kawen..
kan dah cakap, takdenya barang mahal2 rumah aku nii =)
yang nii incik ridzuan belikan masa 1st time dia outstation sarawak..
aku tak tahu nak letak mane bendaalah nii masa masuk rumah dulu,
jadi aku suruh incik ridzuan drill pasang tepi tue dulu.. bila dah letak, macam okay jugak
so still ler bendaalah nii situ sampai sekarang ;p
yang nii memang tak boleh letak mane, nak taknak aku terpaksa letak sini..
takkan nak masuk bilik kan, kalu letak dalam kete, makan space takleh letak benda lain nanti..
nii la dia susunatur ruang foyer kecil aku..
temanya ermm..... tradisional boleh? hehehe.. hentam ler labuuu...

tak semestinya rumah kecil takde ruang foyer kan..
dan tak semestinya kabinet kasut tak berguna, kalu hias cantik berguna jugak =)
dah jadi satu sudut menarik, ken, ahaks... ferasan ;p

okay, sekian sahaja entry permulaan untuk rumahku..
lepas nii, banyak lagi susunatur ruang lain yang aku nak share..
sebelom susunatur tue berubah, better aku entrykan..
nanti boleh jadi idea deco untuk korang jugak ^_^

Thursday, May 9, 2013

::raisya's 1st photobook, awesome =D::

pertama nak say SORRY kepada mommy izzara sebab
lambat respon pasal kesan tapak kaki & tangan dalam entry dua hari lepas [link]

selamat mencuba untuk mommy dan mommy yang lain,
semoga mendapat hasil yang menarik untuk kenangan masa depan nanti ^_^

kedua nak say TQ kepada umi Qi kerna entry pasal photobook nii [link]
maka terjebak ler aku ngan kerja mendesign photobook raisya, cewah!!
terjebak katanya.. design kononnya, hakhakhak..
kalu ada promo best, sila bagitau lagi ye umi Qi, hehehe =)

dan dua hari lepas, photobook raisya dah sampaiiiiiiii... yeayyyy!!!!
aku ambik Choice B harga voucher rm15..
saiz besar cikit laa dari A4 dan hasilnya memang awesome, aku suka..
kertas okay, gambar menarik walaupun blur.. yela, pakai camera phone ken...
asal blur tapi aku tengok bila print elok jer, okay la tue kan =)
versi penuh photobook raisya [link]
penuh pulak entry nii kalu aku upload semua gambar kan,
nak tengok klik jer link tue okay =_=
budak kecik nii kemain suka.. berulangkali duk belek album gambar tue..
tergelak aku ngan incik ridzuan.. raisya nii pantang tengok muka sendiri..
tak kesah dalam cermin ke, frame gambar, album, dalam phone, mesti tersengeh-sengeh..
ini anak sudah pandai syok sendiri maa ^_^
tengok tue, lastnya taknak share ngan aku, tengok sesorang dia, hahaha..
takpela nak oiii, asalkan kau tak koyakkan sudah ler...
bagi aku amat amat berpuas hati ngan harga dan hasil kerja pixajoy nii..
lagipun bila lagi aku nak pi tempah kedai kan..
atlis ada nii tergerak hati nak buat album tuk raisya..

album nii aku rangkumkan tahun pertama kehidupan raisya..
dari hari pertama di dunia, majlis cukur jambul, pertama kali makan,
naik walker, bermain.. sampaila umur dia setahun...
alhamdulillah sampai pun masih lagi dalam minggu kelahiran raisya..
lagi laa mak suka ^_-
susah betul sekarang nak ambik gambar duk diam...
nii dia duk main kotak album, sebelom jahanam better aku ambik simpan dalam almari =)