Tuesday, July 31, 2012

::kunci sudah ditangan::

itu pun selepas bertekak, selepas naik hangin ngan develOper..
aku pun tak paham kenapa dOrg taknak kasi kunci rumah padahal lOan dah lepas, dOkumen semua dah sain..
bila tanya alasan dOrg sebab nak ganti yang mane rOsak, nak mengecat balik..
Okay fine tapi aku kasi masa tiga minggu, still jugak tak siap2 repair.. tue pun bab mengecat aku suruh hOld, lepas renOvation jOb, baru mengecat.. tak cOmplete jugak kerja dOrg..

kemuncaknya semalam, Org plaster ceiling nak datang buat kerja, sekali takde siapa yang pi bukak pintu rumah, incik ridzuan mengamuk kat pejabat develOper mintak kunci..
itu pun si develOper cakap kerja dOrg tak siap lagi.. arghh!! nak tunggu kerja kOrg siap semua, renOvation tak bOleh buat laa, dah ler aku skip nak masuk bulan nie..

kunci tak cOmplete, bagi pintu depan jer.. pintu bilik, sliding dOor, kunci peti surat (kena bayar rm30, ada ke patut?) kunci yang lain nak kasi hari sabtu nie pulak..

"memang ini Olang suka buang masa, buang duit Olang lain"..

nak dapatkan pas access pun kena bayar rm100.. semua nak duit, semua nak kena cas.. ada rumah sndiri pun susah, takde rumah pun susah.. huh!!

belOm lagi cerita kitchen cabinet, lepas satu hari satu hari janji nak datang ukur tapi asyik cancel last minit.. alasannya ada rumah custOmer lain, mabuk pregnant laa..
bila ugut nak cancel & mintak kasi balik depOsit baru terhegeh2 nak datang, cOiii punyer Orang..
dah dua minggu ktOrg tunggu tapi asyik cancel, alasannya staff mabuk pregnant, siapa tak hangin.. macam takde staff lain..

Okbai, emo jap pepagi nie ^_-


**insyallah lepas raya akan pindah masuk.. nak taknak memang kena lepas raya jugak, malas aku nak bayar dua rumah serentak..


Tuesday, July 17, 2012

::cik raisya demam::

semalam aku Onleave, cik raisya kita demam, batuk ngan selsema..
kecian pulak nak hantar taska makanya aku cuti jaga dia,
ngan incik ridzuan sekali cutinya,
lagipun dia banyak meragam semalam.. biasa laa budak..

1st time demam, nasib baik aku ada simpan ubat demam masa cucuk dua bulan ari tu..
agak2 badan panas terus aku kasi ubat..
dah baik demam, kena selsema pulak..nak bernafas susah lagilah dia meragam..

tidO pun nak tidO atas aku..
tak tahan tgOk dia bernafas susah, aku bawak pi klinik, dOktor kasi sedut gas macam Org asma tuk keluarkan hingus dia, alOh2 ciannya anak ibu sOrg nie.. 

balik rumah terus kasi ubat selsema ngan antibiOtik, tidO lena..
bangun malam muka ada ceria cikit walaupun bunyi dia bernafas tak selesa lagi..
Okay la dari sebelOmnya..

meragam jugak bila dia susah nak bernafas..
tak selesa hidung sumbat kan..
aku siap ajar lagi "nafas ikut mulut raisya" haha.. reti ke tidak tak tahu laa.. 

hehe, dahi kecik kOolfever tak melekat sangat =D

nasib baik raisya jenis senang makan ubat, siap nak lagi..
hOho, tak bOleh nak Oiii..Overdos nanti =)

pagi tadi dengar dia batuk pulak..
adOiii, kecian kan bila anak kecik sakit..
aku letak taska tak tahu laa apa ragam dia, harap2 tak banyak ragam, risau jugak..

Orgnya kecik, antibOdi pun tak kuat lagi, sakit pulak tue..
"mOga2 raisya cepat sembuh yer sayang" =_=


Thursday, July 12, 2012

::Raisya ke taska =)::

minggu kedua raisya kat taska sO far aku masih puas hati ngan cara kerja pengasuh tue.. ambik raisya petang2 pun nampak Okay si kecik tue, harus prasangka baik dah Orang tue jaga anak kO, ye tak? ^_^

ramai tanya kenapa aku tak letak raisya kat kampung sebab dia kecik sangat untuk letak taska.. erm, kO sanggup letak anak kat kampung? aku tak sanggup, duk taska pun aku tak sabar nak ambik dia, inikan pulak kat kampung, huhu..

Okay, raisya dah ready, jOm tgOk apa aku bekalkan untuk dia setiap hari =)
v
v
v
baju raisya aku kasi tiga helai sehari, selalunya pakai dua jer.. kain napkin hari2 aku kasi yang baru, tak tahu la pengasuh dia guna untuk apa tapi aku suka lap mulut raisya guna napkin lepas dia menyusu =)

pampers aku kasi lima helai sehari, selalunya habis tiga kekadang dua.. pampers aku tak tinggal satu beg, lagipun pengasuh dia mintak bawak hari2.. siap tulis nama bagai, ahak!!

memula aku tak tulis nama pun, raisya balik hari kedua aku nak salinkan pampers, nampak ada nama sO aku anggap agaknya tak nak tertukar ngan baby lain kOt, lepas tue terus aku tulis nama kat pampers dia =)

minyak ngan krim ni perkara biasa untuk baby kan tapi aku tak tau laa pengasuh dia pakaikan ke tak, tgOk tak terluak pun, huhu.. plastik beg pun aku bekalkan tuk baju kOtor raisya =D

 susu aku bekalkan macam pampers jugak =) siap sukat semua, pengasuh letak air, pastu ambik susu satu part, ada empat untuk empat kali minum dan selalunya habis.. gud girl, hehe..

standard laa hantar anak taska, semua barang tulis nama; dari pampers, bOtol susu, krim ngan minyak angin pun bernama jugak tau, haha.. bukan aku yang tulis tapi pengasuh raisya.. dah tau kene tanda, lepas tue semua barang raisya aku tuliskan nama dia =_=
v
v
v 
Okay letak dalam satu beg =D

bedak ngan sabun mandi raisya aku kasi yang bOtol besar punya, tulis nama siap2 dan aku tinggalkan kat taska.. tuala mandi pun sama tinggal taska jugak, ari isnin kasi yang bersih dan jumaat bawak balik basuh =)

raisya kekadang terjaga, kekadang tidO time aku hantar taska.. kalu dia tidO, aku selalu rasa sebak sebab kecian kat dia, nanti bukak mata tgOk keliling dah lain, lagi2 sekarang dia tgah belajar mengenal Orang kan..

nak buat macam mane, aku terpaksa kerja =( kalu gaji incik ridzuan rm10k baru aku berhenti, duk rumah jaga anak yer, ahak!!
v
v
v
nie laa taska raisya, dOkat ajer ngan Opis aku.. upah pengasuh tiap bulan rm280, Okay laa sebab aku survey dua tiga tempat jugak kebanyakkannya dalam harga macam tue ^_^

"raisya duk diam2 kat taska yer, petang nanti ibu datang ambik" ayat yang selalu aku bisik kat telinga dia bila hantar pepagi dan raisya tgOk aku ngan muka berkerut, sO cuteeee!!!