Thursday, April 22, 2010

::bersyukurlah atas limpahan-NYA::

Seekor gajah jantan mati kerana usia tua. Namun bagi kebanyakan rakyat Zimbabwe yang kebuluran, ia adalah rahmat.
Bangkai gajah itu menjadi sumber makanan penting kepada mereka. Beratus-ratus penduduk kampung yang kelaparan di sekitar Taman Negara Gonarezhou menyerbu bangkai itu beberapa minit selepas ia ditemui.
Dengan menggunakan parang, kapak dan pisau yang diperbuat daripada tin, mereka melapah bangkai seberat enam tan itu, yang ditemui di kawasan pedalaman taman berkenaan.
Pergaduhan meletus apabila penduduk berebut-rebut untuk memotong bangkai itu dan membawa pulang bagi dijadikan makanan untuk keluarga masing-masing.
Hanya sejam 47 minit diambil untuk melapah hingga ke tulang. Semua bahagian dijadikan makanan, termasuk belalai dan telinga haiwan itu.
Tulang gajah berusia 70 tahun itu diambil untuk dibuat sup dan dalam tempoh 24 jam, tidak ada apa yang tinggal kecuali tompokan darah pada tanah tempat bangkai gajah itu ditemui.
Baru-baru ini, Persatuan Palang Merah memberi amaran, keadaan di bekas tanah jajahan itu sangat kritikal dengan 2.17 juta penduduknya memerlukan bantuan makanan segera.
Jurucakap Persatuan Palang Merah Zimbabwe, Emma Kundishora, berkata: “Di beberapa bahagian di negara ini, keadaan dijangka bertambah buruk tahun ini berikutan kemusnahan dasar pertanian yang disebabkan oleh rampasan tanah yang dilakukan kerajaan terhadap ladang petani kulit putih sejak 2000.” Di samping itu, keadaan cuaca merosakkan tanaman jagung. Penuaian tahun ini dijangka hanya menghasilkan 500,000 tan bahan itu, kurang sepertiga daripada yang diperlukan oleh penduduk Zimbabwe.
Jurugambar, David Chancellor, yang mendakwa berada di Taman Negara itu secara kebetulan, berkata: “Dalam tempoh 15 minit, beratus-ratus penduduk tiba dari semua arah. Wanita membentuk bulatan mengelilingi bangkai gajah itu sementara lelaki yang berada dalam bulatan melapah. Pergaduhan berlaku.
“Ada yang bertikam sesama sendiri kerana berebut bangkai itu. Daging dibawa pulang. Ada yang memakannya serta merta kerana terlalu kebulur. Bagaimanapun, sebahagian besar dibawa pulang, dibasuh dan dikeringkan untuk dimakan kemudian.
“Selama dua malam penduduk kampung sekitar taman itu bersuka-ria, seolah-olah mengadakan pesta.” - sumber HMetro Online

****************************************************************
Dihentak hingga mati sebelum badan dipotong kepada beberapa bahagian kecil. Itulah nasib 10 lelaki yang menjadi mangsa seorang pengemis kanibal yang memburu mereka sebagai makanan. Disebabkan tabiatnya, Dorangel Vargas, 53, bukan saja digeruni, malah turut dikenali sebagai ‘Kanibal Andes’.
Semuanya gara-gara dia dikatakan terlalu lapar kerana tidak mempunyai wang untuk makan dan melihat daging manusia antara menu paling lazat untuk dinikmati.
Kes pembunuhan dan selera ‘gila’ lelaki itu dilaporkan terbongkar apabila polis daerah San Cristobal, Venezuela terjumpa cebisan daging serta tulang kaki manusia yang berulat di rumah kosong yang menjadi tempat Vargas berlindung.
Polis yang menyelongkar rumah usang itu kemudian menjumpai tiga mayat dipercayai baru dua hari dibunuh, longgokan tulang serta tengkorak manusia ditanam di kawasan rumah Vargas, selain beberapa bahagian tubuh yang dipotong dan disimpan dalam bekas kecil.
Ketika siasatan, Vargas menyatakan kebanyakan mayat mangsa yang dimakannya diberi oleh segelintir individu termasuk anggota polis, namun ada pihak menyatakan lelaki itu memerangkap sendiri semua mangsanya.
Dia menjerat lelaki yang tiada tempat tinggal dengan menawarkan tempat untuk tidur, termasuk buruh binaan, sebelum menghentak kepala mangsa dengan tiub besi.
Dalam satu temubual oleh sebuah akhbar di Brazil, Vargas menyatakan dia mula ‘terliur’ untuk merasa daging manusia pada satu hari sekitar Jun 1997, apabila dia langsung tidak berduit untuk membeli makanan.
Selepas empat hari mengalas perut dengan meminum air hujan yang ditadah, dia tidak dapat menahan selera barunya untuk menikmati daging manusia.
“Memang pada waktu itu perut terasa sangat lapar, walaupun berkali-kali saya meminum air hujan, namun saya terdengar seperti perut ini meminta supaya diisi dengan makanan.
“Jadi bila terpandang saja seorang lelaki yang kebetulan menikmati sebiji hotdog, saya terus berselera untuk menikmati dagingnya dan ia memang tidak boleh ditahan langsung, terutama apabila membayangkan lelaki itu makan makanan berkenaan,” katanya.
Vargas berkata, seleranya bertukar kerana daging manusia sudah sebati dengan pelbagai jenis makanan yang dimakan manusia.
“Manusia bukan saja memakan sayuran, sebaliknya turut memakan pelbagai jenis daging haiwan yang dikatakan enak.
Berikutan kenyataannya, satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyiasat tahap mental Vargas, dan mengejutkan apabila mereka bukan saja mendapati lelaki itu mempunyai masalah mental yang teruk, malah menemui bukti dia sebenarnya pernah ditahan di hospital jiwa.
Namun yang menjadi pertikaian panel penyiasat berkenaan, bagaimana lelaki yang pernah mendapat rawatan mental itu boleh dibebaskan oleh pihak hospital tanpa pengawasan, selain tidak memaklumkannya kepada pihak berkuasa Venezuela.
Lelaki kanibal berkenaan kini ditahan di Hospital Mental San Cristobal, Tachira, Venezuela, sekali gus terlepas daripada dikenakan hukuman mati secara mandatori walaupun semua pertuduhan yang dilakukannya dikategorikan sebagai pembunuhan kelas pertama.
Bagaimanapun, hukumannya dikuat kuasa seumur hidup, di mana Vargas tidak dibenarkan mendapat hak untuk bebas walaupun dengan bantuan guaman.

****************************************************************
kedua-dua cite atas nie aku ambik dlam HMetro Online.. dua cite kebuluran dlam satu hari, bayangkan lah ramai nya Orang kebuluran kat luar sana.. sedeyyyy, takutttt!! tak bOleh aku bayangkan kalu ade macam tue kat malaysia =(
kalu tak mkan satu hari pun, badan kita dah lembik, dah sakit perut bagai.. nie kan pulak kebuluran, tak mkan berhari2.. syukur lah sangat2.. syukur dapat hidup kat bumi malaysia nie ^_^


No comments: