Thursday, July 31, 2014

::BUBBLE COOKIES (sticky post) - new entry scroll bawah yer =D::

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum dan haii....

mai dekat-dekat aku nak promote cikit nii.. perkenalkan snek alaf baru...!!!
BUBBLE COOKIES

buat permulaan ada tiga perasa yang available;
1) chocolate bubble
2) vanilla bubble
3) dark chocolate chip

semua pun sedap...!!! wajib cuba kesemuanya...

biskut nii buatan bumiputera, dijamin halal.. boleh dimakan tak kira masa..

nii nak dekat World Cup nii apa kata kau beli buat kudapan incik suami sambil-sambil dia tengok bola tue... sedia air milo panas segelas, nak ambik ler makan satu balang..... esok tak cukupkan kau beli lagi satu balang ^_________^





Harganya...? dijamin murah...

Harga cuma RM12 sahaja per balang (semua perasa)
Harga tak termasuk postage..
kami refer COD (area KEPONG, SELAYANG, BATU CAVES, SETAPAK, GOMBAK)

Berminat nak jadi agen pun boleh..
nak buat projek jualan biskut raya boleh jugak...

tapi benda nii bukan untuk raya jer tau, sampai bila-bila akan ada stoknya, insyallah...
berbaloi untuk surirumah tolong incik suami tambah duit belanja dapur, tak semestinya surirumah kalu kau yang berkerja nii nak tambah pendapatan pun boleh, nii laa peluangnya...

apa tunggu lagi....!! order sekarang
SMS / Wassap 017.500 9365
kalu nak jadi agen email : ericanurul@gmail.com

cepat order sekarang sebelom habis stok....
^_____________^

Tuesday, July 1, 2014

::untuk kali kedua ^_^::


salah satu sebab kenapa blog makin kurang ceritanya dan cik puan belog makin naik badannya, hehehe... alhamdulillah diberikan keizinan untuk merasai kehamilan buat kali kedua, dikala usia yang pertama cukup 2tahun ^__^

pregnant kali nii lain sangat dari pregnantkan dak Raisya.. Oittttttt!! serba serbi kemalasan, nak taip hadap komputer pun malas sebenarnya nii.... kalu boleh nak berkepit ngan bantal ajer, buruk benar peelnya..

tuk kali nii aku boleh agak yang aku nii pregnant.. Wah!! bajet teror gitu khen.. masa holiday Sarawak tue dah ada baby bump tapi kemain aku melasak, nasib takde apa-apa.. balik dari Sarawak baru check sebab period dah lewat dua minggu, sekali pakai UPT terus detect dua line =)

aku takde planning sangat pun pasal anak nii, ambik pil perancang ke, cucuk ke memang takde langsung, planning sendiri ajer.... cuma satu, kalu orang tanya bila nak kasi adik kat raisya, aku cakap ler kalu boleh nak jarakkan dua, tiga tahun seorang...

alhamdulillah menjadi walaupun planning sendiri.. jangan ikut kalu anda adalah seorang yang subur dan period tetap.. aku berani planning sendiri sebab period aku tak tetap, kihkihkih..

ok, tue jer laa untuk permulaan.. kan tadi kata kemalasan tahap gaban nak menaip kan.. tunggu laa esok lusa aku update lagi yer... kawan-kawan blog, doakan semoga aku dan kandungan sihat sejahtera, amin =D

lupa nak habaq, sekarang dah 14week, check UPT masa kandungan 9week.. rasa macam kejap dah habis first trimester.. Eh!! eh!! arini dah masuk second trimester dah.... gitewww.....

insyallah kalu panjang umur dan ada rezeki, raisya naik pangkat jadi kaklong ler hujung tahun nii 30.12.2014 ^___^

kbai!!
*semoga dapat puasa penuh tahun nii, adik baby sila kasi kerjasama..