Wednesday, April 1, 2015

::umur 2bulan 2kali warded::

dugaan Rayyan Naufal, belum 60hari dua kali masuk hospital.. umur 4/5hari masuk hospital Taiping sebab jaundice, biasalaa ibu dia darah 0 kan.. darah tak serasi ngan anak..

Raisya dulu satu malam warded, Rayyan dua malam.. dapat keluar wad kena followup pulak kat klinik sampai umur 20hari... dari perak ke kelantan ulang alik klinik, lama jugak laa dia kena jaundice =(

alhamdulillah, jaundice Rayyan takde laa sampai tahap kena tukar darah =D

habis 20hari, aku start makan jamu.. tak serasi ngan anak, habis muka Rayyan macam terbakar, macam orang kena sunblock gitu..

serius weii, memula aku ingat dia ruam susu tapi kalu dah habis satu muka, pelik laa jugak sebab tiap kali lepas susu memang aku lap ngan kain.. pi klinik doktor cakap mungkin pemakanan jadi aku syak jamu, jamu kan panas...

adoiiii, kecian anak aku...!!

ingatkan episod masuk hospital nii dah habis, rupanya tak.. seminggu sebelum aku masuk kerja, Rayyan batuk sampai muka biru, sesak nafas [dah batuk hampir 2minggu].. masa tue pulak incik ridzuan outstation ke Sarawak..

esoknya incik ridzuan balik dari Sarawak terus aku bawa budak berdua nii pi emergency hospital Selayang.. Raisya pun ada batuk jugak masa tue, jangkit dari Rayyan laa.. niat nak checkup, sekali doktor suruh warded, huhuhu...


kesian anak ibu, kena pakai tiub oksigen... malam pertama dia memang takleh tido, rimas ngan tiub tue kot, pastu kena neb pulak.. aku tak biasa anak masuk hospital melainkan jaundice yang sehari dua malam tue jer, Rayyan tido wad empat malam weiii, rindu aku dekat Raisya =(


demi kesihatan anak terchinta, ibu sanggup tido wad, nasib baik wad selesa, kihkihkih..


13/3 - 17/3 Hospital Selayang Wad 8A katil no.25 
harap anak-anak ibu lepas nii takde laa masuk hospital lagi yer...

Rayyan disyaki Hepatitis, fungsi hati belum kuat lagi, kekurangan kalsium dan vitamin D dalam hati.. 5pagi tiap hari ambik darah, 4jam sekali kena neb, memang sebak ibu tengok...

doktor kata perkara normal untuk baby, akan hilang seiring usia dia membesar.. semalam followup ambik darah dan bulan 5 nii followup lagi tuk tau result darah semalam.. harap result darah dia menurun laa... amin....

semoga anak-anak ibu sihat selalu...

2 comments:

jaja_NorLiza said...

Siannya..sedih tgk...ibu kuat yer demi anak...sy anak selsema je pon dah gelabah...ermmm..hopefuully rayyan makin sihat...:)

misz sheyla said...

sedihnye tgok baby mcm ni...harap lpas ni rayyan kuat tau