Friday, January 28, 2011

::kejOra dan bintang::

bermula selasa lepas, astrO ria menayangkan sinetrOn baru; KEJORA DAN BINTANG menggantikan Bukan Diriku.. Of cOurse cik nurul layan sinetrOn nie jugak, biasalah balik kerja tak tahu nak buat apa, layan TV sambil" rehat kan minda =D


sekali lagi baim wOng berlakOn dalam sinetrOn nie tapi kali nie dengan wajah baru, berambut pendek.. nampak kemas jer ^_^

jOm cik nurul kasi layan sinOpsis KejOra dan bintang =D

***********************************

Kejora adalah gadis yang memiliki segalanya. Cantik, ceria, selalu optimis dan kaya raya. Kejora belajar di Australia. Pak Ryan, ayahnya seorang pengusaha ternama di Jakarta. Ibunya sudah meninggal dan Kejora mempunyai seorang adik perempuan bernama Bintang, yang menderita autis tapi sangat mahir bermain piano. Pak Ryan berkahwin lagi dengan Hanifa seorang janda beranak satu bernama Janet.

Suatu hari, Kejora pulang ke Jakarta. Di lapangan terbang, begnya tertukar dengan beg Erlangga, cucu nenek Gautama yang sangat kaya raya namun sombong, manja dan keras kepala. Kejora tak tahu bahawa sebenarnya Erlangga adalah kekasih Janet, saudara tirinya. Kejora harus berhadapan dengan sikap sombong dan angkuh Erlangga gara-gara beg itu. Dan sepertinya juga nasib mempermainkan mereka sehingga mereka saling membenci.

Pak Ryan sebenarnya sedang mengalami masalah besar. Syarikatnya di ambang kebangkrupan tapi dia merahsiakan dari anak-anaknya. Kejora sebenarnya sudah mempunyai kekasih iaitu Joel.. Joel punya adik bernama Fitri yang diam-diam mengagumi Kejora.

Suatu hari, ketika sedang mencari wang pinjaman, Pak Ryan telah dirompak. Di luar dugaan, sang perompak mati terbunuh dalam sebuah kebakaran dan dikira dirinya kerana membawa barang-barangnya. Pak Ryan kemudian sedar, kalau dia meninggal, keluarganya akan mendapatkan wang insurans yang cukup besar. Pak Ryan pun memutuskan untuk berpura-pura mati. Kejora tentu saja sangat terpukul dengan kematian ayahnya. Semeninggalnya Ryan, Kejora jadi sering bertegang dengan Hanifa, sampai kemuncaknya Hanifa mengusir Kejora dan Bintang dari rumah peninggalan ayahnya.

Kejora dan Bintang benar-benar menderita, ditambah lagi, begitu tahu Kejora terusir, Joel, kekasih Kejora malah meninggalkan Kejora begitu saja.

Kejora berusaha menata hidupnya bersama-sama dengan Bintang. Dia berjaya dapat kerja di sebuah café. Namun bencana tak selesai merudung Kejora. Saat Kejora sedang bekerja, Bintang malah menghilang. Kejora sangat sedih dan merasa bersalah. Dia tak tahu bahawa Bintang diculik Hanifa yang setengah mati berusaha menutup kenyataan bahawa keluarganya sudah jatuh miskin, sehingga dia menculik Bintang dan meletakkannya dikampung, supaya tidak keceplosan membocorkan rahsia kemiskinannya.

Kejora setengah mati berusaha mencari adiknya. Kegigihan dan perjuangan Kejora ini membuat Fitra jadi hiba dan semakin jatuh cinta. Pencarian Kejora terhadap adiknya juga membawa perubahan dalam hubungan Kejora dan Erlangga. Dari saling benci, Erlangga malah jadi menaruh simpati pada Kejora. Bahkan kemudian jatuh cinta.

Pelakon Sinetron Kejora dan Bintang adalah Baim Wong sebagai Erlangga, Alyssa Soebandono sebagai Kejora, Amanda sebagai Bintang, Lucky Perdana sebagai Fitra, Eva Anindita sebagai Janet, Cut Keke sebagai Hanifa, Mieke Wijaya sebagai Nyonya Gautama, Mathias Muchus sebagai Ryan dan Rio Reifan sebagai Joel.

***********************************

macam best ajer kan jalan ceritanya =D harap" ending die pun best jugak.. jangan lupa menOnton KEJORA DAN BINTANG, astrO ria channel 104 setiap hari isnin hingga jumaat jam 630pm..

selamat menOnton ^_-




No comments: