lama giler tak update?.. ada tak sebulan, dua bulan.... ke dah masuk tiga bulan...??
banyak benda nak kena settel, pentingkan yang mana penting dulu..
kata blog nii sekadar hobi ajer kennn...
macam-macam aku nak cerita...
pasal pengurusan masa bagi ibu bekerjaya *matakeatassangat...
pasal homeschooling raisya, perkembangan dia....
pasal diet *dietsekaranghokay!!...
tapiiiii
......arini malas ler, esok laa...
..........takde mood pagi nii, malas.. petang cikit baru update...
...............malas laa, tunggu minggu depan ler..... *krik..krik...krik...
kau tengok, kemalasan mengatasi segala-galanya ^_^
incik ridzuan pun perasan
"dah lama ayang tak update blog, kenapa?"
"malas.. tolong updatekan boleh.. hehehe..."
dengan semangat membara, mulai arini aku akan kembali aktif berblog
^___^ *bolehpercayakeni..?
panjangnya mukadimah aku... kstop!!
3Mei lepas anak manja incik ridzuan genap dua tahun.. alahai dah besar anak dara ibu.. dah pandai makan sendiri, dah pandai ambik pampers, dah pandai sepahkan lego, dah pandai request CD, dah kenal apa itu air mata, dah pandai menjerit, dah pandai merajuk... tak lama lagi boleh terima menantu ler, semua dah pandai kennn =P
takde birthday party.. 3Mei hari sabtu, aku hanya minta satu dari incik ridzuan,
JUST SPEND TIME WITH RAISYA, MAKE HER HAPPY ON HER DAY..
wah!! gitu katanya...
ibu sponser kek dan haruslaa kek pilihan hati ibu, anak tak pandai request lagi... ambil dua slice share tiga beranak, makan suap-suap, lomantik sangat =D ahak..
malam 3Mei bawa raisya makan McD, kononnya nak celebrate makan kek kat sana tapi takdenya dia heran, jumpa playground main turun naik turun naik, bebudak lain dah balik pun dia setia main jugak.. ayahnya paksa balik rumah dalam tangisan sedu sedan, hahaha... kesian anak ibu...
sesi potong kek bersambung kat rumah ^_^
nasib baik ibu tak beli kek sebiji =P
ucapan dari ibu di-harijadi-mu,
"SILA KEMAS MAINAN LEPAS MAIN YE!!"
^____^
* ibu sentiasa mendoakan yang terbaik dan semoga ALLAH SWT makbulkan setiap doa untuk anak kecik ibu nii...
No comments:
Post a Comment