Tuesday, May 20, 2014

::Part 1 - Perancangan dan perjalanan ke Kuching, Sarawak::

perancangan dah lama... beli tiket flight pun dah lama, balik dari bercuti kat sabah terus incik ridzuan beli tiket pi sarawak pulak.. kebetulan time tue ada promo tiket MAS, terus rembat.. percaya kah anda kalu aku kata tiket pergi balik sarawak hanya rm210 seorang ^_^ pergi balik hokay....!!

adik aku yunie pun beli tiket sama bila aku cakap ada promo kat MAS, dia lagi hebat, dapat tiket rm180 pergi balik.. hampeh tul....!! flight yang sama, timing yang sama tapi tiket dia lagi murah.. nyampah mak noks...

sampai masa terbang laa kami dari KLIA jam 715am 10Mei lepas =D sempena birthday raisya sebab tue aku tak buat birthday party tahun nii =) sempena hari ibu, sempena birthday incik ridzuan hujung bulan, hambik ko semua atas satu, kihkihkih... jimattttt kos... anniversary bulan 6 nak kira sekali ke..? ermm... macam over laa pulak kennn...


raisya paling kecian, kul 4am aku mandikan dia.. malam tue bermalam kat rumah yunie, kat Nilai 3.. nanti kawan dia yang hantarkan ke KLIA ^__^


takdan naik flight budak kecik nii dah tido, lega aku takde laa dia melasak dalam flight.. oittttt!! anak aku nii nak berjalan dalam flight hokey... aku lupa yang raisya sepatutnya dah kena duduk atas seat, penat tau pangku dia.. next time, next time..... =D


nasib baik flight tak delay pagi tue.. aku memang tak suka tido dalam flight sebab aku suka tengok keindahan alam muka bumi, tengok awan, tengok langit...


sementara raisya tido mai ler kite breakfast dulu =)

menu pilihan nasi lemak sambal udang, sedappp... salah satu kenapa aku dan incik ridzuan suka pilih MAS sebab harga tiket dah termasuk makan minum, hihihi.. boleh tak alasan gitu... rasa masakan bagi aku sedap, boleh ngan selera aku.. orang lain aku taktau...

makan pagi sambil tengok keindahan ciptaan Yang Maha Kuasa...... ^_^ 




perjalanan 1jam30minit dah sampai.... bumi kenyalang yang kaya ngan sungai.. tengok dari udara memang melengkar batang sungainya... cantik.. aku paling suka tengok perbezaan daratan dan laut macam gambar yang tengah tue... kalu sabah lagi lawa ngan gugusan pulau sekeliling......



sampai dalam kul 9am gitu terus ke hotel dan nasib baik bilik dah sedia, boleh checkin simpan beg baju dulu... gambar hotel dan bilik memang takde langsung, tak kuasa aku nak snap sana sini..

sebulan sebelum bertolak incik ridzuan booking Harbour View Hotel.. hotel nii laa tempat incik ridzuan selalu stay kalu dia outstation kat sarawak.. senang, aku memang malas nak servey banyak, nanti pening.. hotel nii dekat ngan semua tempat.. nak pi makan kat topspot jalan kaki ajer, malam nak jalan kat waterfront pun jalan kaki, nak pi beli kek lapis pun jalan kaki sudah =D

1 comment:

PetakBunga said...

x dpt g kilang mamee tap dapt g jalan kuching dah..

huu


Askm,
Bila nak joint GA kita plk?
http://petakbunga-diari.blogspot.com/2014/05/bagaimana-kamu-tahu-kamu-sudah-jatuh_16.html