Thursday, May 8, 2014

::Busana Muslimah Moden @ Zalora::

bila buka almari baju, termenung 5-10minit sebab duk pikir baju mane nak pakai kenn..
ambil baju biru "alaa.. dah pakai minggu lepas"
tukar warna merah "merah sangat, panas nii mau silau mata orang"
hitam "macam berkabung pulak"..... *krik....krik....krik......

pernah tak kau rasa situasi macam aku pagi tadi...?

boring kan pakai baju sama berulang.. aku jenis cepat jemu, kalu suka memang aku ulang pakai banyak kali... kalu dah jemu, terperuk dalam almari buat sarang nyamuk T__T hehehe...

keluar shoping memang malas, dengan raisya yang suka benar main cak cak celah rak baju orang.. nak ke Aeon Kepong asyik jem, padahal beli baju sehelai jer.. memang tak laa... shoping sorang, lagi ler idok... paling best kalu ada adik aku, pengkritik tetap bila aku shoping =P

malas keluar ada jer alasan, better aku duk opis buka laman web ZALORA.. beraircon, jimat masa, jimat duit parking, duit minyak... boleh pilih dengan tenang tanpa gangguan ^___^

aku suka usha Busana Muslimah moden kat dalam tue, sesuai ler tuk aku muslimah moden nii kennn *gelaksopantutupmulut...


paling penting potongan pakaian kena longgar, labuh dan menutup aurat... ater kau takkan nak pakai tudung tapi skirt atas buku lali, ho..ho..ho.... tak sesuai sangattttt....

tak semestinya kau pakai baju besar, baju labuh tak boleh berfesyen.. kau masih boleh kelihatan bergaya dan mengikut trend terkini dengan masih mengekalkan kesopanan dan ciri-ciri sebagai seorang muslimah sejati... wah!! gitue... 

aku pun suka tengok perempaun cantik bertudung dan berfesyen lawa-lawa.. incik ridzuan lagi suka, bini kat sebelah pun dia tak perasan =D


sekarang aku tengah kumpul koleksi dress labuh, maxi.. cun tengok model dia pakai, haruslaa aku nak jugak tapi biasanya seksi giler laa =( apa ada hal tuk kite yang pakaii tudung nii, kau beli jer jacket ker, cardigan paling aku suka.. boleh jadikan outerwear, boleh cover bahagian terdedah.. setel masalah.....=)

Opis aku takde peraturan pakaian, sesuai ler pakai gini pi kerja jugak.... tak pun boleh pakai bila keluar jalan-jalan bawak raisya pi taman ker.. vogue gitu pi taman pakai maxi dress ^__^ ko hado...?


blouse warna plain dan palazzo corak nampak ringkas dan kasual tapi tue laa fesyen yang paling aku suka... ater kau bila dah banyak jeans tak muat, nak beli kemalasan... lagi pun mak-mak macam takomeii jer pakai jeans, tak matured gitu, hahaha.. jom ler bertukar ke palazzo, selesa cikit =D nak nampak ideal lagi tambah tali pinggang sebagai aksesori...


dekat nak puasa nii, tukang jahit mesti dah tak terima tempahan baju kan.. nampaknya terpaksa aku beli siap baju raya tahun nii... raya takkan nak pakai palazzo pulak kennn, better usha Jubah.. cantik ler jubahnya ada mengelip, ada yang plain.. pikir nak warna tema apa tahun nii, nanti boleh sedondon kaler ngan incik suami =D

tak semestinya raya berjubah bagai kan, ada event keagamaan, majlis ilmu boleh pakai jugak.. alaa kalu takde event pun tak salah rasanya beli dan pakai setiap hari jumaat nampak sweet gitue.. nak pakai hari-hari pun boleh.... no hal laa....

tak kesah macam mane pun gaya atau pakaian pilihan, yang pasti ianya selesa untuk dipakai dan memberikan kepuasan pembelian yang maksima... apa lagi takkan kau nak aku shoping cuci mata sesorang, mai ler layari laman web ZALORA Malaysia hari ini juga, pelbagai koleksi busana Muslimah terbaik untuk dimiliki... lambat kang habis, aku tak tau... takde jubah raya nantikan.... 

1 comment:

roti bakar + nutella said...

aku ke pengkritik tetap yg dimaksudkan tu?? *krik krik krik

aku mmg cadang nk beli kt zalora je utk raya...malas nk tempah...huhuu