Tuesday, October 16, 2012

::13&14oct; family day KKR::

entry sekaligus, malas aku nak buat part-part..
gambar banyak tapi aku upload yang mane best jer..
ok ^_^  

dah sampai A Famosa dan kita isi perut dulu..
dari kl ke melaka hujan.. aku bertolak kul 10pagi,
sempat buat sandwich telur dan sardin =)

lepas lunch, ada games.. biasa laa namapun family day kan..
cik raisya tido, aku pulak tak bawak stroller,
lenguh tangan mendukung jawabnya..

tapi ok jugak takde orang paksa aku main games..
bagus tektik nak melarikan diri nie, hehehe...

budak kecik yang lain tak sabar nak terjun kolam...
raisya terjun kolam?

memang niat nak rendam kolam budak kecik tue
tapi baru celup tang kaki dah meraung, buat muka cebik..
apa kes nak oiii..

games untuk anak-anak..
adalah dalam 4-5 games..
tunggu raisya besar baru boleh join =)

games orang dewasa..
aku tak join dan harus paksa incik ridzuan masuk..
kalu dedua tak join kang nanti diorg cakap tak sosial pulak..
takdan nak paksa incik ridzuan, dia dah masuk group, huh!

tapak kaki pertama cik raisya, yeay!!!
jakun anak aku pijak pasir, hahaha
buat muka pelik ^_^

adalah 5-6 games gitue..
yang bestnya bos pun sama sporting =D

mumia paling depan tue boss incik ridzuan..
amboiiiii, sakan diaorang buli bos erk!

nie pulak games suami isteri sahaja =)
tapiiiii aku ngan incik ridzuan tak join pun, hakhak..

dah puas incik ridzuan berendam kolam dan aku jaga beg,
jomlah kita check-in villa..
aku dah penat!
raisya pun penat jugak,
meragam dia tak cukup rehat, tak cukup tido..

dinner kat cowboy town =)
sambil karaoke yang entah apa apa..
dan haruslah tunggu lucky draw ;p

cik raisya tido dalam kereta lagi
aku letak dalam stroller pun tak sedar..
speaker kat sebelah pun tak sedar jugak..
penat betul dia........
senang sikit ibu nak makan =D

nak tengok cowboy lawan lawan
tapi biasa laa dah majlis orang kan,
mane boleh ikut diri sendiri, huh!!

takpe.. takpe....

nanti kita datang lagi cowboy town,
tunggu cik raisya besar cikit =)

villa kitaorg.. luas dan selesa..

ada private swimming pool...
lepas breakfast ingatkan nak ajar raisya swim
tapi dia tido pulak ngan ibu tido sekali, hehe..

bangun tido terus check-out..
jalan-jalan bandar hilir....

rasanya dah banyak kali aku datang melaka kot..
takkan tiap kali datang nak pi tempat sama kan..

ingat nak naik kenderaan dua alam tue,
alah yang boleh jalan atas darat pastu masuk dalam air..
sekali tiket  rm38, terus cancel... muahaha...

naik menara taming sari..
buat kali kedua, kali nie ngan anak pulak =)


dah sampai melaka harus pekena
klebang coconut shake, dua gelas aku balun..
pastu terus balik kl (=_=)


No comments: