Wednesday, December 12, 2012

::12.12.12. kenangan 12tahun::

cantik tarikh arini kan..
macam bufday aku dua tahun lepas 10.10.10 =)

sempena tarikh special, aku nak buat special entry, ecece!!
hot chat @HotFM arini pasal kenangan umur 12tahun
tapi aku ubah, kenangan aku 12tahun lalu =)

banyakkkkkkk kenangan
tapi citer yang best2 la yer ^_^

tahun 2000
budak sekolah beb!
PMR di SMK Zainab 1

tahun 2001- 2002
masih sekolah yang sama..
aku aliran sains kejuruteraan..
bizi study SPM 11subjek..
yeke? rasanya banyak tengok TV
hehehe ;p

takde cinta monyet sebab sekolah pompuan....
zaman sekolah hanya belajar dan belajar..
so boringgggg.....

habis SPM, duk rumah sampai dapat result..

tahun 2003-2006
masuk kolej kemahiran tinggi mara
budak diploma architecture ler aku =)
KKTMPM architecture student batch 2003-2006

ada pakwe tapi takyah ler cerita pasal dia kan..
kalu pandai ce teka yang mane dalam gambar, hihihi
konvo day @UTM Skudai 25.11.2006

tahun 2006-2008
habis belajar terus kerja tempat praktikal
arkitek firm kat kelantan, gaji rm800 =)
okay la tue, duk rumah ibu, kerja ayah hantar..
KPKB (1988) Kota Bharu

tahun 2008
berhijrah ke KL dan kerja arkitek firm jugak..
menumpang rumah mak sedara =)

dah ada kereta sendiri, yeayyy!!
walaupun kereta murah, viva jer..

5hb 7 - berkenalan ngan incik ridzuan..
8hb 9 - incik ridzuan dan aku kapel ;p

tahun 2009
pindah keluar dari rumah makcik..
kononnya nak belajar hidup berdikari la..

31hb 11 - aku dan incik ridzuan bertunang

tahun 2010
11hb 6 - kami selamat diijabkabulkan

lepas kawen berhenti kerja dan pindah taiping
tapi aku bosan duk rumah
so aku mintak izin incik ridzuan balik kerja KL
maka long distance marriage ler kami kejap =)

23hb 11 - adik incik ridzuan meninggal kemalangan jalan raya..

tahun 2011
incik ridzuan pindah KL
dan i'm pregnant ^_^

28hb 10 - ayahanda incik ridzuan kembali ke rahmatullah..

tahun 2012
tahun yang membahagiakan
3hb 5 - raisya nabila lahir 

1hb 10 - dapat duduk rumah sendiri
dan tukar kereta baru =)

alhamdulillah, semuanya rezeki anak ^_^
dan semoga kehidupan kami sentiasa dalam lindungan-Nya

tahun 2024
39tahun umur aku..
aku tak pasti hidup lagi ke tak,
bagaimana cerita kehidupan nanti..
semuanya atas kehendak dan ketentuan Ilahi..
semoga aku dipanjangkan umur
untuk mencapai lagi 12tahun mendatang ^_^


1 comment:

ayunidati said...

semoga kehidupan kita sentiasa berbahagia dibawah lindungan Yang Maha Esa