Friday, January 4, 2013

::homemade baby rusk for raisya =)::

minum petang raisya selalunya aku kasi milna rusk..
beli satu kotak harga bawah rm6 gitue adalah 12keping..
dulu sekali makan satu keping, sekarang dah dua..
12keping hanya mampu bertahan untuk enam hari..
dalam sebulan aku kena beli lima kotak yang totalnya rm30..

semua perisa aku dah cuba..
sampaikan aku pun naik jemu beli perisa sama, ahaks..

memandangkan tahun baru, mai la kiter merajinkan diri =)
dah lama teringin nak buat tapi biasa la malas memanjang,
oven pun still dalam kotak sebab takde tempat nak letak,
banyak jer halangannya keng, hikhikhik
bahan mudah, hanya roti dan unsalted planta =)
nak guna roti sesajer pun boleh jugak...
alah, semua mommy mesti tau kang resepi nii,
banyak belog yang ajar.. aku pun belajar dari belog jugak..
kebanyakan mommy tekap buat macam2 bentuk,
tapi aku buat simple supaya senang raisya pegang..
tepi roti aku buang.. erm, simpan ler,
sayang kot nak buang tong sampah..
boleh buat projek puding roti mak bapaknya pulak,
hehehe... alang2 bukak oven maa..

satu roti aku belah tiga, panjang dan senang
raisya nak pegang bila makan nanti..
aku buat dalam lapan keping, tuk permulaan..
kalu raisya makan, boleh buat lagi lepas nii..
bab membakar nii, aku dah comfius..
berapa suhu.. lama mane nak kena bakar..
malas bukak internet, aku bakar ikut sedap hati, ahaks..
aku pakai suhu 140darjah selama 5minit..
okay dah siap!! ^_^

komen tuk masakan sendiri,
rasanya aku kena baca balik cara2nya
sebab roti macam kurang garing, hahaha...

homemade baby rusk
rujukan aku dan mommy yang lain =D
hati ibu suke bila anak makan ^_^

keluar oven, sejukkan terus kasi raisya makan..
sampai dua keping sekali hadap..
buat ala2 milna rusk pun boleh.. bancuh ngan susu..


snek raisya kat rumah, belom bagi kat taska lagi..
tunggu la aku buat yang lain.. yang garing sikit, hehehe..

dah boleh jimat rm30 sebulan.. tak perlu beli milna lagi..
duit tue boleh shoping gaun cantik2 tuk raisya, yeayy!!! ^_^


P/S: raisya sudah jemu makan bubur nasi.. rasanya kena belek belog baby tuk menu2 lain pulak..

3 comments:

Unknown said...

wah... sama lah makan petang dan malam hanya biskut...rusk sahaja... ok boleh cuba ni.. macam sedap... damia pun dah ade gigi...

nurulhuda said...

ada gigi lagi b best, macam2 menu boleh buat.. raisya belom ada gigi..

selamat mencuba!!

puansazusarin said...

nak cuba..nak cuba...heee