Tuesday, July 31, 2012

::kunci sudah ditangan::

itu pun selepas bertekak, selepas naik hangin ngan develOper..
aku pun tak paham kenapa dOrg taknak kasi kunci rumah padahal lOan dah lepas, dOkumen semua dah sain..
bila tanya alasan dOrg sebab nak ganti yang mane rOsak, nak mengecat balik..
Okay fine tapi aku kasi masa tiga minggu, still jugak tak siap2 repair.. tue pun bab mengecat aku suruh hOld, lepas renOvation jOb, baru mengecat.. tak cOmplete jugak kerja dOrg..

kemuncaknya semalam, Org plaster ceiling nak datang buat kerja, sekali takde siapa yang pi bukak pintu rumah, incik ridzuan mengamuk kat pejabat develOper mintak kunci..
itu pun si develOper cakap kerja dOrg tak siap lagi.. arghh!! nak tunggu kerja kOrg siap semua, renOvation tak bOleh buat laa, dah ler aku skip nak masuk bulan nie..

kunci tak cOmplete, bagi pintu depan jer.. pintu bilik, sliding dOor, kunci peti surat (kena bayar rm30, ada ke patut?) kunci yang lain nak kasi hari sabtu nie pulak..

"memang ini Olang suka buang masa, buang duit Olang lain"..

nak dapatkan pas access pun kena bayar rm100.. semua nak duit, semua nak kena cas.. ada rumah sndiri pun susah, takde rumah pun susah.. huh!!

belOm lagi cerita kitchen cabinet, lepas satu hari satu hari janji nak datang ukur tapi asyik cancel last minit.. alasannya ada rumah custOmer lain, mabuk pregnant laa..
bila ugut nak cancel & mintak kasi balik depOsit baru terhegeh2 nak datang, cOiii punyer Orang..
dah dua minggu ktOrg tunggu tapi asyik cancel, alasannya staff mabuk pregnant, siapa tak hangin.. macam takde staff lain..

Okbai, emo jap pepagi nie ^_-


**insyallah lepas raya akan pindah masuk.. nak taknak memang kena lepas raya jugak, malas aku nak bayar dua rumah serentak..


Tuesday, July 17, 2012

::cik raisya demam::

semalam aku Onleave, cik raisya kita demam, batuk ngan selsema..
kecian pulak nak hantar taska makanya aku cuti jaga dia,
ngan incik ridzuan sekali cutinya,
lagipun dia banyak meragam semalam.. biasa laa budak..

1st time demam, nasib baik aku ada simpan ubat demam masa cucuk dua bulan ari tu..
agak2 badan panas terus aku kasi ubat..
dah baik demam, kena selsema pulak..nak bernafas susah lagilah dia meragam..

tidO pun nak tidO atas aku..
tak tahan tgOk dia bernafas susah, aku bawak pi klinik, dOktor kasi sedut gas macam Org asma tuk keluarkan hingus dia, alOh2 ciannya anak ibu sOrg nie.. 

balik rumah terus kasi ubat selsema ngan antibiOtik, tidO lena..
bangun malam muka ada ceria cikit walaupun bunyi dia bernafas tak selesa lagi..
Okay la dari sebelOmnya..

meragam jugak bila dia susah nak bernafas..
tak selesa hidung sumbat kan..
aku siap ajar lagi "nafas ikut mulut raisya" haha.. reti ke tidak tak tahu laa.. 

hehe, dahi kecik kOolfever tak melekat sangat =D

nasib baik raisya jenis senang makan ubat, siap nak lagi..
hOho, tak bOleh nak Oiii..Overdos nanti =)

pagi tadi dengar dia batuk pulak..
adOiii, kecian kan bila anak kecik sakit..
aku letak taska tak tahu laa apa ragam dia, harap2 tak banyak ragam, risau jugak..

Orgnya kecik, antibOdi pun tak kuat lagi, sakit pulak tue..
"mOga2 raisya cepat sembuh yer sayang" =_=


Thursday, July 12, 2012

::Raisya ke taska =)::

minggu kedua raisya kat taska sO far aku masih puas hati ngan cara kerja pengasuh tue.. ambik raisya petang2 pun nampak Okay si kecik tue, harus prasangka baik dah Orang tue jaga anak kO, ye tak? ^_^

ramai tanya kenapa aku tak letak raisya kat kampung sebab dia kecik sangat untuk letak taska.. erm, kO sanggup letak anak kat kampung? aku tak sanggup, duk taska pun aku tak sabar nak ambik dia, inikan pulak kat kampung, huhu..

Okay, raisya dah ready, jOm tgOk apa aku bekalkan untuk dia setiap hari =)
v
v
v
baju raisya aku kasi tiga helai sehari, selalunya pakai dua jer.. kain napkin hari2 aku kasi yang baru, tak tahu la pengasuh dia guna untuk apa tapi aku suka lap mulut raisya guna napkin lepas dia menyusu =)

pampers aku kasi lima helai sehari, selalunya habis tiga kekadang dua.. pampers aku tak tinggal satu beg, lagipun pengasuh dia mintak bawak hari2.. siap tulis nama bagai, ahak!!

memula aku tak tulis nama pun, raisya balik hari kedua aku nak salinkan pampers, nampak ada nama sO aku anggap agaknya tak nak tertukar ngan baby lain kOt, lepas tue terus aku tulis nama kat pampers dia =)

minyak ngan krim ni perkara biasa untuk baby kan tapi aku tak tau laa pengasuh dia pakaikan ke tak, tgOk tak terluak pun, huhu.. plastik beg pun aku bekalkan tuk baju kOtor raisya =D

 susu aku bekalkan macam pampers jugak =) siap sukat semua, pengasuh letak air, pastu ambik susu satu part, ada empat untuk empat kali minum dan selalunya habis.. gud girl, hehe..

standard laa hantar anak taska, semua barang tulis nama; dari pampers, bOtol susu, krim ngan minyak angin pun bernama jugak tau, haha.. bukan aku yang tulis tapi pengasuh raisya.. dah tau kene tanda, lepas tue semua barang raisya aku tuliskan nama dia =_=
v
v
v 
Okay letak dalam satu beg =D

bedak ngan sabun mandi raisya aku kasi yang bOtol besar punya, tulis nama siap2 dan aku tinggalkan kat taska.. tuala mandi pun sama tinggal taska jugak, ari isnin kasi yang bersih dan jumaat bawak balik basuh =)

raisya kekadang terjaga, kekadang tidO time aku hantar taska.. kalu dia tidO, aku selalu rasa sebak sebab kecian kat dia, nanti bukak mata tgOk keliling dah lain, lagi2 sekarang dia tgah belajar mengenal Orang kan..

nak buat macam mane, aku terpaksa kerja =( kalu gaji incik ridzuan rm10k baru aku berhenti, duk rumah jaga anak yer, ahak!!
v
v
v
nie laa taska raisya, dOkat ajer ngan Opis aku.. upah pengasuh tiap bulan rm280, Okay laa sebab aku survey dua tiga tempat jugak kebanyakkannya dalam harga macam tue ^_^

"raisya duk diam2 kat taska yer, petang nanti ibu datang ambik" ayat yang selalu aku bisik kat telinga dia bila hantar pepagi dan raisya tgOk aku ngan muka berkerut, sO cuteeee!!!

Wednesday, July 11, 2012

::ww ~ bOtak sudah::

v
v
v
v
v
v
v
v
v
siap!!

dari mula sesi cukur rambut sampai lah siap asyik tidO ajer anak dara nie, huhu ^_^ sOnang kerja! cik raisya nanti rambut kamu dah panjang, ibu ikat tOcang ye =D

Monday, July 9, 2012

::my little Raisya::

disebabkan incik bOs takde, aku pun takde kOjer sO dapatlah kOrg baca dua update dari aku hari ni, hehe (^_^)

Raisya Nabila
2.125kg
 kOcik ajer anakanda aku sOrang nie, nak pegang pun wat2 berani, ahak!!

perkara pertama yang aku ingat sampai sekarang saat dia lahir, bilamane nurse letak sebelah, mata dia bulat memandang aku, rindunya saat tue =D

Okay, aku dah start rindu raisya sekarang =)
"raisya tunggu ye, petang nanti ibu datang"

 haha, kelakar giler tgOk gambar ni, baju semua besar walaupun aku beli yang newbOrn.. jimat duit  dua tiga bulan nie tau, anak pakai baju sama jer, ahak!!

tgOk laa pampers dah separuh badan dia, ahaha.. kecian, anak sape laa nie =_=

nama raisya incik ridzuan yang pilih.. aku tak kesah nama apa pun yang penting pangkalnya RN =) aku kasi cadangan asyik kena reject sO aku suruh incik ridzuan cari sendiri, ingat senang ke nak cari nama, huhu..

satu hari incik ridzuan balik keje terus cakap nama baby nanti Raisya Nabila, bila aku test cakap nak tukar nama lain, bOleh dia cakap dah muktamad, hekeleh!! nasib baik nama cantik, maksud pun Okay =p

RAISYA NABILA
"Pemimpin Raja Yang Cantik, Mulia, Cerdik"

sO lepas nie, jangan la jemu bertandang belOg aku lagi yer, cerita memang berkisahkan si kecik ni ajer laa (^_-)

::kelahiran yang dinantikan::

sambung cerita bersalin (^_^) 1mei masih di hOspital, takde rasa nak bersalin, nurse pulak berulanglah datang cek.. dOktor cek bukaan masih lagi 2cm, tidO wad lagi aku malam tue, huhu..

2mei bukaan still 2cm, dOktor nak masukkan ubat untuk aku mudah bersalin.. aku Okaykan ajer =) jam 2ptg, ubat pertama masuk.. lepas masuk ubat, sakit tak usah cakap.. nurse berulang datang cek bp ngan jantung baby..

lepas enam jam, bukaan masih 2cm.. adOii, bila nak capai 4cm nie, dah dua hari asyik 2cm jer.. malamnya aku tak bOleh tidO langsung, nurse asyik berulang cek bp ngan jantung baby.. kerja aku duk tgOk Org depan tidO, Org sebelah tidO, sendiri nak tidO tak bOleh, huh!!

nak berjalan untuk hilangkan sakit, nurse tak kasi.. katanya takut aku pengsan sebab aku ada kes tekanan darah tinggi tapi aku degil, still jugak berjalan berulang pi tandas, hehehe...

3mei jam 11pagi, dOktor cek bukaan dah 4cm, terus sOrong masuk labOur rOom, incik ridzuan dah standby kat luar.. dia nak masuk temankan aku tapi sejam pertama para suami kena tunggu kat luar dulu..

cerita aku dalam labOur rOom, menahan sakit sampai mengiring gayanya.. dOktor siap suruh aku teran mengiring lagi, hehe.. bila dah sampai masa nak lahirkan, incik ridzuan tak masuk lagi.. aku pulak dah tak bOleh nak pikir apa, padahal handset ada sebelah, bOleh aku cOll dia suruh masuk..

ada aku dengar nurse panggil nama dia tapi entah kenapa dia tak masuk.. jam 11pg masuk labOur rOom, kul 251ptg baru baby dilahirkan =D itu pun lepas vacum satu kali sebab tak cukup tenaga maa, yelaa last aku makan kul 8pg, bihun jer pun.. kalu kasi nasi briyan kenyang lama cikit, haha..

cerita incik ridzuan kat luar pulak, dia nak masuk tapi nurse kat kaunter depan tak kasi dia masuk katanya dOktor masih duk cek aku; "hellO nurse, dOktor memanglah ada sentiasa, tak kan nak bersalin tanpa dOktor kOt?"

bengang giler incik ridzuan sebab dia teringin nak tgOk anak dia keluar sekali tak dapat.. aku keluar labOur rOom tgOk muka ketat jer.. takpela takde rezeki cayang, nak buat macam mane..

tapi kalu dapat masuk pun, incik ridzuan tetap tak dapat tgOk anak dia keluar sebab aku kene vacum =)

Friday, July 6, 2012

::1st time tidO hOspital::

aku nak update cerita bersalin dalam pantang; laptOp, brOadband, kabel nak transfer gambar semua dah bawa, sekali CD install sOftware tertinggal..

argh!!! terus putus angin, macam mane bOleh terlupa ambik.. merajuk punyer pasal, dua bulan aku tak update belog =) guna handset tak puas, screen kecik, huh!!

ceritanya bermula pada 30april, wah!! citer lama beb tapi aku nak update jugak untuk kenangan di masa hadapan (=_=) aku ada check-up klinik, check-up macam biasa

tapi entah kenapa time check tekanan darah, aku jadi mengelabah then tak pepasal bacaan tekanan jadi tinggi pastu campur pulak ngan kaki bengkak, kandungan gula dalam darah pun tinggi, nurse KKIA terus hantar refer HKL..

yang tak leh bla, kena naik ambulan, haha.. nurse tak kasi pi sendiri, tunggu ambulan dOkat sejam lebih tak sampai2, padahal HKL ngan gOmbak 10minit jer pun..

kalu aku naik kereta dah sampai tau.. kat HKL check lagi tekanan darah, nOrmal tapi nurse suruh masuk wad jugak semalaman untuk pemantauan, huhuhu..

 
bermulalah episOd aku tidO kat hOspital, ahak!! aku tak pernah tidO hOspital tau, cuma time kecik la sObab aku lahir kat hOspital, hehehe..

 
siap dapat tempat tidO best lagi ngan kipas hala ke muka.. duk pun dekat kaunter nurse, special patient, pesakit dalam pemantauan, haha..

 gambar perut last diambil sebelOm melahirkan =)

keesOkannya aku dah bOleh keluar, sebab tekanan darah dah Okay.. sebelOm keluar wad, dOktar nak cek kOt2 dah ada bukaan dan memang dah terbuka 2cm,

dOktor siap tanya "awak tak rasa sakit ke?" serius aku takde rasa apa pun.. bila dah 2cm dOktor cancel untuk discharge, tidO hOspital lagi lah aku malam tue =(

incik ridzuan satu2nya pelawat aku sepanjang kat hOspital.. Orang lain aku tak kasi datang, ahak!!

incik ridzuan duk hOspital jugak, kalu bukan time melawat duk kat luar sesOrang, time melawat masuk sembang ngan aku.. tidO pun tumpang rumah sutie..

ater, dOktor cakap aku bOleh bersalin bila2 masa (^_^) kecian aku tengOk dia, tak tentu arah, tidO pun tak lena katanya.. "alahai, tOmei tOmei aku sOrang nie, mai dekat cikit nak cubit pipi tu" =) 

tunggu sambungan laa yer.. =D

Wednesday, July 4, 2012

::ww ~ sleeping time::

"please, jangan kacau.."
(^_^)


** kena siapkan drawing tOday sebab
incik bOs nak pi hOliday.. staff pun ikut
hOliday sama la nanti jawabnya =D

Tuesday, July 3, 2012

::my little gegirl::

"chak!! salam kawan blOgger semua, nie kemunculan pertama saya (^_^) ibu saya takde mOod nak update arini sebab dia asyik teringat saya kat taska + ibu saya bOring takde kerja + ibu saya mengantuk sangat2 =D"

arini genap 2bulan usia my baby, usia anak sama lama ngan aku tinggalkan belOg nie kan, hehe.. sOrry keadaan kelam-kabut time tue, tak dan nak infOrm apa2 dalam belOg.. takpe kita stOry nanti ye, tue pun kalu aku ada kerajinan nak menaip =)

gambar tak banyak, feeling nak bercerita pun takde laa.. ahak!! alasan lapuk kan =p

anak dara versi bOtak =)

biOdata anak nanti aku update lain.. nak kumpul gambar dulu, banyak lagi gambar dalam handset incik ridzuan, tak tahu la kenapa cubaan bluetooth asyik fail je, huhu..

tue yang lambat update tau!! alasan lagi (=_=)


Monday, July 2, 2012

::i am back (^_^)::

saya sudah kembali =D

dua bulan cik nurul menyepikan diri kan? sekarang kembali dengan status yang baru, hehe..

nanti2 lah update belOg ye, kita stOry-mory oky, takde mOod nak karang cerita lagi arini.. nak relax2 dulu, nak baca belOg2 kOrang dulu, nak bergOsip ngan bebudak Opis dulu, hahaha..

untuk kak sue, gambar baby nanti nurul uplOad ye.. nurul kumpul gambar dulu Okay =D

jumpa esOk, tue pun kalu aku rajin nak Online and update (^_^)